Wednesday, February 23, 2011

Sahabat Setia Anak

 

image

"Seorang anak lelaki dalam usia lapan tahun gemar menolong ibunya membeli barang di pasar.Apa saja suruhan ibu akan segera ditunaikannya.Apa yang peliknya setia kali pulang ke rumah,tidak ada wang baki yang dikembalikan.Hanya barang yang dipesan ibunya sahaja yang dibawa pulang.
"Mana lebih duit yang mak bagi tadi?"Tanya ibunya.

"Dah habis saya bagi pada orang,"jawab anak penuh jujur.
"Kenapa bagi orang?Makkan suruh bawa balik tadi?"
"Orang minta,saya kasihan,jadi saya bagi sajalah."
Ibunya menggelengkan kepala.Anaknya tak pernah menipu dan selalu jujur dalam berkata-kata.

Suatu hari ibunya mengajak anaknya ke pasar.Dengan hati riang dia menunggu ibunya di muka pintu.Alangkah terkejutnya si ibu apabila sampai di pasar anaknya itu dikerumuni oleh ramai peminta sedekah.

"Ini mak awak?"Soal peminta sedekah kepada anak itu.
"Ya,"jawabnya dengan riang.
"Puan,anak ini sangat pemurah.Kalau datang ke pasar,kantung kami ada saja syiling yang diisi.

Bertuah puan dapat anak yang baik ini,"jelas salah seorang fakir miskin itu.

Sebak hati ibu bila mendengar kata-kata mereka.Lalu si ibu pun menghulurkan sejumlah wang kepada mereka.Selepas membeli barang keperluan dapur,si ibu menyuruh anaknya menghadiahkan sedikit makanan kepada 'sahabat-sahabat' setia anak-anaknya itu.Semua fakir miskin itu mendoakan untuknya sebagai menyata kasih pada Tuhan.

Sedarlah si ibu agar tidak meremehkan benda baik walaupun kecil kerana ia jalan selamat menuju Allah dan jangan remehkan dosa walaupun kecil kerana ada azabnya di neraka.

Hikmah dari kejadian ini juga mengingatkan konsep berkat pada rezeki bukan sahaja dapat kenyang tapi juga dapat bersyukur dengan nikmat yang diagih-agihkan.

Si ibu dapat rasakan apabila anak di suruh solat,dia mudah melaksanakannya. Hati yang didorong kebaikan terasa ringan untuk beribadah.Pada wajahnya terpancar cahaya kejujuran.Rajin menadah ilmu dan sangat sensitif dengan perkara-perkara yang baik.

Menitis air mata ibu,hati bersih si anak rupa-rupanya sebahagian dari harga sebuah ketenangan yang dapat dirasai dalam hidupnya.Doa ibu dengan pergaulan baik anaknya itu dia bakal menjadi seorang ilmuan yang berakhlak yang sentiasa diberi petunjuk dalam membimbing generasi hadapan ke jalan yang di redhai.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...