Monday, March 14, 2011

Keistimewaan sebagai seorang muslimah

 

image

1) Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

2) Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

3) Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

4) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana sahaja pintu syurga yang dia kehendaki.

5) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

6) Aisyah berkata,"Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w "suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. Ibunya."

7) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api Neraka ke atas tubuhnya.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.

9) Daripada Aisyah r.a barangsiapa yang diuji dengan sesuatu darirada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api Neraka.

semoga anda semua berasa beruntung menjadi wanita.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...