Monday, March 14, 2011

Pandangan dan pendengaran yang haram

 

image

Telah sepakat orang-orang kita mengatakan: "Dari mata turun ke hati." Ertinya hasil dari pandangan (termasuk pendengaran) bukan setakat di mata dan telinga tetapi akan bersambung dan berkesan ke hati.

Kalau apa yang kita pandang dan dengar itu baik, maka hati kita akan menerima kebaikannya. Sebaliknya kalau yang kita pandang dan dengar itu maksiat dan mungkar (haram) maka hati kita akan menampung kejahatan dan kemung-karan itu.

Hati yang sentiasa menerima pandangan dan pendengaran yang mungkar ialah hati yang gelap pekat, buta dari melihat keagungan Allah. Hati itu tidak lagi takut pada Allah malah hilang cinta dan rindu pada Allah SWT.

Saya rasa kita semua ada pengalaman sendiri terhadap perkara ini. Kalau hari-hari kita terisi dengan zikrullah, baca Quran, puasa, sembahyang sunat, baca kitab dan mendengar pengajian agama hati kita akan lembut, indah dengan ibadah pada Allah, rindu pada kebaikan, benci dan takut pada dosa.

Tetapi kalau hari-hari kita isi dengan program TV, berbual kosong, mengumpat dan mencaci, membaca majalah hiburan (penuh maksiat) dan mendengar lagu-lagu pop, nanti kita akan jadi malas beribadah, memandang kecil tentang cara hidup sunnah, tidak lagi rasa takut dengan Allah, tidak membesarkan akhirat apalagi untuk rindu pada-Nya dan tidak suka lagi pada ahli-ahli agama dan lupa akhirat.

Hati kita jadi cinta dunia dan hiburannya, mahu lepas bebas tanpa sekatan hukum Islam, malas berjuang dan berangan-angan ingin hidup lebih lama lagi. Itulah bukti-bukti menunjukkan tindakan lahir, pendengaran dan penglihatan kepada yang haram akan membuat-kan hati kita buta kepada kebenaran. Allah berfirman:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami menjadikan dia mendengar dan melihat. " (Al insaan:2)

Tujuan Allah memberi kita mata dan telinga ialah untuk mencari dengan .mengenal pencipta kita iaitu Allah SWT. Kemudian supaya kita sedar diri untuk berbakti dan menurut kata-Nya. Firman-Nya:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusla melainkan untuk menyembah Aku. " (Adz Dzaariyat:56)

Kita mesti merasa hamba iaitu melalui perintah suruh dan larang yang lebih penting ialah rasa kehambaan itu. lbadah sebenarnya berpunca dari rasa kehambaan. Kalau masa ibadah itu kita tidak rasa hina dan tidak rasa hamba, tetapi rasa besar diri, sombong, marah, dengki, maka amalan lahir itu bukan lagi ibadah. Misalnya: Seorang kuli menghadap tuannya dengan rasa besar diri, cekak pinggang, bukankah lebih baik tidak mengadap, sebab dia akan menimbulkan kemarahan tuannya.

Hidup bukan untuk dunia tetapi hidup untuk A!ah dan untuk mencari bekal kembali ke akhirat. Untuk tujuan ini kita diberi pendengaran dan penglihatan. Gunakanlah kedua-duanya sebagai alat untuk sampai ke matlamat yang diredhai-Nya.

Mari kita ubati hati kita dengan membataskan pandangan dan pendengaran hanya kepada apa yang boleh mengingatkan kita kepada Allah. Takut pada-Nya dan untuk berbakti pada-Nya. Antara langkah-langkah yang patut diambil ialah:
1. Banyakkan membaca Al Ouran dan terjemahan, hadis dan kitab- kitab serta buku-buku agama termasuk majalah dan risalah yang berunsur dakwah. Dalam masa yang sama elakkan dari buku-buku khayal, majalah hiburan dan akhbar-akhbar yang kosong dari kebenaran.

2. Selalu mengunjungi masjid, tempat pengajian agama majlis dakwah, tahlil dan zikrullah dan elakkan di tempat-tempat maksiat, majlis-majlis sosial liar (percampuran bebas) dan keluar rumah tanpa tujuan. Sebab di luar banyak pandangan dan pendengaran lucah serta elakkan dari bergaul dengan kawan yang mengajak kita kepada maksiat.

3. Menziarahi orang-orang soleh sebab melihat mereka memberi kekuatan.

4. Ingat mati kerana selalu mengingati mati akan melembutkan hati.

5. Elakkan dari menonton program TV yang tidak berfaedah. Sekali kita relakan mata dan telinga memandang dan mendengar perkara yang dikutuk Allah, maka selama itu kita relakan nafsu kita merajai hati kita untuk lalai dan tidak takut pada penglihatan Allah. Lebih baik kita tidur dari menonton TV. Nanti kita boleh bangun dengan segar untuk menyembah Allah dan mendekatkan hati pada-Nya.

Kalau kita rasa melihat maksiat dengan tidak lihat sama sahaja pada hati kita, itu tandanya hati kita sudah rosak sangat dan jauh dari Allah. Itulah antara-antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjernihkan batin kita. Perlu diingat langkah-langkah ini mesti diperjuangkan sungguh-sungguh dan berterusan.

Kita jangan mudah jemu atau mudah terpengaruh dengan bujukan nafsu liar kita. Dan janganlah kita harap untuk memperolehi hasil dalam jangka masa yang singkat. Sebab dalam pengalaman orang- orang yang telah menempuh jalan ini, masa paling singkat untuk memperolehi hati yang bersih (karat kerohanian yang tinggi) melalui "mujahadatunnafsi" ialah 20-30 tahun ke atas. Masa ini sesuailah dengan lama masa kita terbiar dalam maksiat.

Sejak dalam perut ibu lagi kita sudah menerima makanan yang tidak jelas halalnya. Bila lahir pula terdedah di tengah-tengah maksiat dan mungkar yang berbagai-bagai. Hati kita sudah gelap pekat dengan karat-karat dosa yang kita sedar atau tidak. Jadi patutlah kalau kita korbankan 20-30 tahun umur kita akan datang untuk pembersihan pada hati nurani kita. Mudah-mudahan penghujung umur kita dapat kita rasa kebersihan hati dan keselamatannya dari mazmumah. Mudah-mudahan kita dapat mengadap Allah membawa hati yang selamat. Firman Allah yang bermaksud:

"Di hari itu (hari kita menlnggal dunia) tidak berguna lagi harta dan anak kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy Syuaraa:88-89)

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...