Thursday, March 17, 2011

Manusia akhir zaman

 

image

Bismillahhirahmannirahim
Selawat dan salam ke atas junjugan mulia nabi kita......
didalam hadis nabi ada menyebut iaitu :-
(Akan datang keatas umatku suatu zaman yang mana zaman itu islam hanya pada nama, al-quran hanya pada tulisan dan masjid mereka megah tetapi kosong dari petunjuk allah.....)

Apabila kita hayati kata baginda ini, kita boleh mengaku keagungannya kerana nabi boleh mengetahui zaman akan datang. Inilah salah satu mukjizat Rasullullah s.a.w yang dikurniakan oleh Allah.

Maksud nabi ialah umat aku akan datang pada suatu hari nanti yang mana Islam hanya pada nama iaitu umat Islam tidak lagi melakukan amalan dan tanggungjawab dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah tetapi lebih kepada kemurkaan kepada Allah. Kalau kita kaji pada masa sekarang ramainya umat islam yang lalai dan leka dengan permainan dunia. Apabila ini berlaku maka benarlah apa yang dikatakan oleh rasullullah sejak 1400 tahun yang lalu, Allah berfirman dalam Al-Quran :-
(Wahai orang yang beriman masuklah kamu dalam Islam dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan)

Maksud yang kedua pula ialah Al-Quran hanya pada tulisan, iaitu Al-Quran sekarang hanya disimpan dalam almari dan hanya membuat perhiasan. Ini kerana didalam hati meraka ini ada penyakit sebagai mana yang di sebutkan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah yang bermakusd :-
(Didalam hati meraka ini ada suatu penyakit maka Allah akan tambahkan penyakit ini dan bagi meraka azab allah yang pedih)

Maksud yang ketiga ialah masjid meraka megah berdiri tetapi kosong dari pertunjuk Allah, iaitu kerana ramainya umat Islam zaman sekarang yang lari dari solat berjemaah. Mereka lebih suka habiskan masa dengan anak dan isteri dirumah dan ada juga yang lalai dengan kesedapan dunia sampai waktui solat diabaikan.

Apabila ini berlaku maka celakalah orang yang tidak bertaubat kepada Allah kerana tanda-tanda kiamat sudah pun hampir. Wahai kawan-kawan semua berkerjalah kerana allah dan berbuat baktilah selagi nyawa yang tinggal ini masih ada.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...