Wednesday, March 9, 2011

Larangan minum cara keldai

 

Umat islam kelihatan bersahaja ketika minum. Saling tidak tumpah macam orang barat, minum sambil berdiri sudah menjadi perkara biasa apatah lagi memegang gelas dengan tangan kiri.

Minum berdiri agak boleh diterima kalau sekiranya di sekitar tempat jamuan itu tiada kerusi atau tempat duduk, tapi apa halnya dengan tangan kiri, dimana tangan kanannya?Bukankah sesuatu yang baik itu diminta menggunakan tangan kanan.

Selain itu ada satu lagi seharusnya ada pada umat islam iaitu minum secara sekali gus atau sekali hirupan. Sebenarnya Rasulullah pernah mengingatkan umat islam agar tidak bernafas didalam cawan atau gelas air. Maknanya, Islam mengajurkan umatnya minum dengan berdikit-dikit. Apabila hendak bernafas hentikan minuman. Setelah itu minum lagi hingga selesai.

Larangan ni adalah untuk menjamin kesihatan umat islam agar terus selamat. Sesungguhnya penafasan didalam air mengeluarkan karbon dioksida, maka jadilah air itu bercampur dengan karbon. Kalau ini terjadi maka kesihatan umat islam akan terjejas.

Selain dua perbuatan yang tidak disukai oleh islam iaitu makan dan minum secara bersendirian. Keadan ini tidak digalakkan.A pabila hendak minum air pun diminta bersama yang lain iaitu secara berjemaah.

Daripada ibnu Abbas katanya rasulullah bersabda ”Janganlah kamu minum seorang diri seperti keldai tetapi minumlah berdua dan bertiga. Dan bacalah bismillah apabila kamu minum dan ucaplah alhamdulillah apabila kamu selesai minum (riwayat at Tarmizi)”

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...