Thursday, March 31, 2011

Sekadar Renungan

 

image

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang
telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat
untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan menangguh taubat bila
berbuat dosa kerana mati
boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk memohon pengampunan
pada Tuhan
takut mati dalam kesesatan.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana
lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan Kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Wasalam

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...