Monday, May 9, 2011

Mencari Handzalah

 

image

seorang pemuda yang meninggalkan isterinya di mlm pernikahan kerana menyahut seruan jihad dan akhirnya syahid di medan peperangan.. selepas perang Rasulullah SAW dan sahabat lain rasa hairan melihat jasad Handzalah yang basah kuyup kerana dimandikan para malaikat.. bila ditanyakan kepada isterinya, beliau menjawab yang Handzalah tak sempat mandi junub semasa berangkat ke medan peperangan..

betapa besarnya cinta Handzalah pada Allah sampai sanggup tinggalkan isterinya di mlm pertama.. dan betapa tabahnya hati si isteri demi cintanya pada Allah dan RasulNya, merelakan pemergian si suami ke medan jihad walaupun sedar risiko yang bakal ditanggung.. hebatnya cinta org zaman Rasulullah SAW terhadap Allah, Rasul dan Islam kan??

tapi hari ni kita lihat, wujud lagi ke pasangan suami isteri yang sanggup melakukan pengorbanan yang sedemikian besar?? jangan kata ndak pergi berjihad, hatta suami keluar 2-3 hari pun si isteri dah bising & bermasam muka.. apatah lagi bila suami ndak keluar berdakwah ke jalan Allah.. cakap memang lah senang kan, sebagai yang menulis ni belum bersuami.. calon pun tak ada lagi.. so tak tau lah bagaimana rasanya.. tapi bila fikir-fikir balik, sanggup ke kita nanti melakukan pengorbanan seperti yang dilakukan oleh isteri-isteri para pejuang dahulukala?? tak perlu pergi jauh lah, cuba kita lihat isteri-isteri para pejuang di Palestine.. pernah tak baca coretan balu as-syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi tentang suaminya, setelah Allahyarham syahid dibunuh yahudi laknatullah itu?? pada sesiapa yang pernah baca, tentu akan kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh isterinya tu.. tabahnya hati seorang wanita, jadi tulang belakang pada suaminya untuk terus berjuang.. mereka bercita-cita untuk syahid bersama-sama, tapi ditakdirkan akhirnya si suami yang pergi dahulu menyahut seruan Allah.. macam tu lah contoh seorang isteri yang solehah, payah ndak cari dalam dunia sekarang ini..

Kita selalu doa untuk dapatkan suami yang soleh, yang beriman, yang bertaqwa, yang sanggup berjuang di jalan Allah.. tapi cuba check balik diri kita, sanggupkah nanti kita hadapi risiko menjadi isteri pada seorang pejuang?? sejauh mana mental kita dah bersedia untuk melepaskan suami kita ke medan dakwah, merungutkah kita?? macam mana pulak kalau suami kita ditakdirkan dipenjarakan bertahun-tahun, sanggupkah kita terus berada di belakangnya?? cuba kita nengok, tabahnya hati isteri-isteri tahanan ISA kat Malaysia ni (sekadar contoh ye..) bila tengok mereka ke hulu ke hilir dengan anak-anak yang masih kecil, timbul rasa kasihan.. tapi atas keyakinan memperjuangkan sesuatu yang haq, mereka redha.. kalau kita pula??

Sejarah melakarkan, org yang memperjuangkan kebenaran takkan hadapi jalan yang mudah.. hakikat perjuangan memang pahit, kerana syurga yang Allah janjikan tu amat manis.. hari ni kalau kita ndak beli rumah yang besar-besar, indah-indah pun dah memakan beratus ribu ringgit.. berpuluh-puluh tahun pun kita masih tak mampu ndak selesaikan hutang rumah.. inikan pula syurga Allah yang di dalamnya penuh dengan kenikmatan yang tak terbayang oleh mana-mana manusia.. betapa mahal lagi harganya, kadangkala terpaksa dibayar dengan nyawa sendiri mahupun nyawa insan yang kita kasihi.. terpaksa mengorbankan segala harta benda yang kita miliki.. tapi percayalah, kalau kita redha pada Allah, Allah juga akan redha pada kita.. bukankah keredhaan Allah adalah kurniaanNya yang paling besar buat seorang hamba yang dhaif macam kita ni?? kalau Allah redha pada kita, maka berbahagialah kita di dunia dan akhirat..

So sahabat, sebelum mencari Handzalah di zaman yang penuh mehnah ni mari kita muhasabah semula diri kita.. sejauh mana kita sanggup berkorban demi cinta kita kepada Allah dan RasulNya.. kita impikan pasangan yang soleh, tapi bagaimana dengan diri kita.. cukup bersediakah?? ingatlah, persandaran makhluk hanyalah pada Allah SWT.. bila kita yakin dengan perancangan dan ketentuanNya, insya Allah Dia takkan hampakan kita.. yakinlah, setiap janji Allah adalah benar..

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...