Monday, May 16, 2011

Soalan 03: Rasulullah s.a.w. Kepada Iblis laknatullah

 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Wahai Iblis, mengapakah kamu bersusah payah melakukan semua perkara ini yang mana ianya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada dirimu, sebaliknya akan menambahkan lagi kutukan dan laknat terhadapmu di Hari Akhirat nanti".

"Wahai Iblis, siapakah yang menghidupkan kamu dan dan menjadikan kamu? Siapakah pula yang melanjutkan umurmu? Siapakah yang memberi pendengaran kepadamu? Dan siapakah yang memberikan kekuatan kepada tubuhmu?"

Berkata Iblis ; "Semua yang engkau tanyakan itu ya Nabi Allah adalah limpahan kurnia dan anugerah dari Allah Tuhan yang Maha Kuasa, tetapi disebabkan nafsu, takabur, hasad dan dengki yang ada padaku itulah yang menjatuhkan aku kepada kehinaan. Engkau juga tahu bahawa aku ini telah beribu tahun menjadi pemimpin (ketua) bagi semua Malaikat dan Jin dan melakukan ibadat dan tasbih kepada Allah s.w.t. Aku tetap khidmat ke Hadrat Tuhan beberapa lama sehingga datang firman Tuhan yang mengejutkan diri dan urat sarafku.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi".

"Inilah yang merupakan satu tamparan kepadaku dan membuat aku rasa tidak senang dengan berita itu, lantas aku membuat bantahan kepada Allah s.w.t. bilamana dijadikan Adam, kemudian disuruh pula kami semua sujud kepadanya (memberi penghormatan)."

"Aku tidak mahu sujud dan memberi hormat kepada Adam dengan alasan 'Ana Khairun Minhu, Khalaqtani min naari wa kholaqtahu min tiin.' Aku tidak mahu bersujud dan patuh kepada Adam. Ana Khairun Minhu, aku lebih mulia dari Adam. Aku dijadikan Allah s.w.t dari api sedangkan Adam dijadikan dari tanah."

Berkata Iblis lagi ; "Disebabkan atas keingkaran dan tidak mahu patuh kepada perintah Allahlah maka Allah s.w.t. telah murka dan melaknat aku serta diusirnya aku hingga ke Hari Qiyamat kelak."

"Maka sejak dari hari itu mukaku yang bercahaya dan cantik hilang samasekali, lalu jadi buruk, keji dan jelek sekali. Sebab itulah aku menjadi sakit hati dan mendendam kepada Adam hingga ke saat ini dan hingga ke Hari Qiyamat kelak. Apabila Adam diangkat dan dimuliakan bersama isterinya Hawa bersenang lenang didalam Syurga, maka sakit hatiku bertambah-tambah lagi dan dendam aku kepada Adam. Akhirnya aku dapat memperdayakan mereka dengan mengunakan tipu helah ku, aku membisik dan merayu kepada Hawa supaya memakan buah yang dilarang oleh Allah s.w.t."

Berkata Iblis lagi ; "Atas desakan Hawa, Adam memakan buah yang dilarang oleh Allah s.w.t. maka kedua mereka dimurkai oleh Allah dan diusir mereka keduanya dari Syurga. Apabila mereka telah diusir maka senang rasanya hatiku sebab sebahagian dari hajatku telah tercapai".

Berkata Iblis lagi ; "Ya Nabi Allah, keadaan Adam dan Hawa adalah mereka cerai berai hingga beberapa tahun hanyut dimuka bumi dengan perasaan yang sangat sedih, setelah beberapa tahun berselang baru mereka bertemu kembali dan dianugerahi Allah s.w.t. anak lelaki dan perempuan. Kemudian aku menjalankan hasutan yang berterusan kepada anak-anak mereka iaitu Qabil, supaya dia membunuh adiknya Habil hingga mati, ini semua adalah dari nafsu dendam kesumatku kepada bapa mereka Adam. Bukan setakat aku berniat sahaja tetapi aku akan tetap merasuk dan merosakkan anak Adam hingga ke Hari Qiyamat kelak."

"Tetapi dengan diutusnya engkau ya Nabi Allah, semua urusanku banyak yang terhalang, segala usaha dan pujuk rayuanku sudah tidak berkesan lagi. Ini semua adalah disebabkan engkau bekerja dan berusaha dengan tenang dan sabar menarik manusia kejalan Allah dan melarang mereka dari melakukan perkara keji dan maksiat kepada Tuhan, maka barangsiapa yang berada dijalan yang engkau bawakan itu mereka itu akan selamat di dunia dan di akhirat."

"Tetapi yang menjadi habuan-habuanku ialah manusia yang lari dari jalan yang lurus yang engkau bawakan itu, mereka akan menjadikanku sebagai sahabat yang cukup akrab sekali tanpa di sedari."

"Ya Nabi Allah sebelum engkau diutus kepada manusia ini, aku dan anak buahku bebas sekali naik turun dari langit untuk mencuri rahsia yang disimpan dan tulisan yang dapat menyokong kerja jahatku ini, yang mana barangsiapa dikalangan manusia yang rajin beramal akan diberi pahala dan balasan Syurga. Terutama sekali bagi manusia yang rajin untuk melakukan solat Tahajjud dan Tasbih serta lain-lain amalan yang dilakukan pada waktu tengah malam, mereka ini akan mendapat ganjaran berlipatkali ganda. Apabila aku mendapat tahu hal ini semua dan aku turun kebumi lalu aku dan bala terteraku membisikkan kepada mereka supaya jangan melakukan kebaikan sehingga mereka merasa malas sekali untuk bangun dari tidur dan mereka menjadi kawan dan sahabatku yang paling baik sekali."

"Tetapi sayang sekali apabila engkau di lahirkan kemuka bumi dan mulai saat itulah aku dan kaumku tidak lagi dibenarkan naik kelangit, sekiranya kami naik juga maka kami akan dilontar oleh para Malaikat yang begitu sekali banyaknya yang menjaga langit dengan api dan sebagainya yang menyebabkan kami semua lari lintang pukang. Oleh yang demikian kami merasa amat kecewa sekali diatas kelahiran engkau ini wahai Nabi Allah, tambah pula engkau diberinya mu'jizat yang paling besar sekali iaitu Al-Qur'an Al-Karim".

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...