Monday, May 16, 2011

Soalan 02: Rasulullah s.a.w Kepada Iblis laknatullah

 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ; “Wahai Iblis bagaimanakah cara kamu bertindak terhadap makhluk Allah?”

Berkata Iblis ; “Ya Nabi Allah, aku dengan makhluk Allah ada beberapa cara dan tektik yang aku gunakan mengikut keperluan semasa seperti berikut ;

Pertama :” Terhadap perempuan-perempuan aku akan naikkan nafsu dan syahwatnya dengan merenggangkan kedua peha kepada lelaki yang bukan suaminya, sehingga setengahnya itu mengeluarkan benih yang salah (menjadi anak zina) yang dikeji oleh Allah.”

Kedua : “Ya Nabi Allah, setengahnya pula ku lalaikan mereka dengan sembahyang. Dan aku akan perdayakan mereka dengan makanan dan minuman yang haram dan akan membuat mereka itu sukakan kepada maksiat.”

Ketiga :”Ya Nabi Allah, setengahnya pula aku lalaikan mereka dengan harta benda emas, perak, rumah yang besar, kebun, sawah dan sebagainya. Supaya segala hasil dan kekayaan itu akan digunakan untuk berbuat maksiat, noda dan dosa serta durhaka kepada Allah.”

Keempat : “Ya Nabi Allah, banyak kaum lelaki dan kaum wanita yang akan aku perdayakan mereka itu tanpa disedari sedikit pun, sehingga iman mereka menjadi lemah dan gugur sama sekali. Apabila iman mereka sudah lemah maka aku akan kerahkan semua bala tenteraku yang terdiri dari syaitan dan jin untuk menarik mereka semua dengan senang kejalan maksiat, demikian juga didalam masa gembira (ialtu didalam perayaan piknik, walkaton, marathon) dan apa sahaja majlis yang bercampur lelaki dan wanita secara tidak halal.

Maka tempat seperti itulah aku mengerahkan bala tenteraku yang ramai, dengan cara aku menghidang makanan dan minuman yang haram, yang mana kesemua mereka itu akan hilang malu dan maruahnya sama sekali. Dan disinilah masanya aku akan menaburkan syahwat keinginan antara satu sama lain, lalu aku bukakan kepada mereka beberapa pintu maksiat yang mana kadang-kadang membawa kepada zina.”

Kelima : “Ya Nabi Allah. Apabila mereka telah terlanjur melakukan maksiat itu, setelah fikiran mereka kembali normal lalu mereka berasa takut kepada Allah s.w.t. dan mereka hendak insaf serta mereka hendak taubat. Lalu mereka hendak melakukan ibadah, maka dimasa itu aku akan mencari tektik baru yang seboleh-bolehnya supaya mereka tidak meneruskan cita baik mereka itu. Aku akan membisikkan kepada mereka supaya menangguhkan hingga kesatu masa lain, kerana mereka masih muda dan umur masih panjang lagi.

Ketahuilah berapa banyak umatmu yang aku perdayakan diri mereka dan aku menyuruh semua anak buahku dari kalangan jin dan syaitan supaya dapat mencari sebanyak-banyaknya anak Adam untuk bersama denganku.

Kalau mereka melakukan amal pula maka aku akan masuk kedalam hati mereka dan membuat mereka itu riya dalam melakukan amalannya dan sum’ah serta juga takbur, ujub dan sombong akan dirinya yang banyak melakukan amalan kepada Tuhannya. Dan aku akan buat dia memandang orang lain tidak sama dengan kebaikan yang ada pada dirinya.

Apabila aku masuk kelidahnya akan membuat dia suka bercakap bohong dan dusta serta suka sekali mengumpat dan mengeji orang lain. Ketahuilah bahawa hasutan ini akan sentiasa berjalan siang dan malam”

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...