Monday, May 16, 2011

Soalan 08: Rasulullah s.a.w. Kepada Iblis laknatullah

 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ; "Wahai Iblis, bagaimana pula keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa dalam bulan Ramadhan kerana Allah s.w.t.?"

Berkata Iblis ; "Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepadaku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut :

Pertama. Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.

Kedua. Bagi orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah s.w.t. dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukan tidak akan dicatit selama dia berpuasa. Ini semua menyebabkan aku berasa dukacita yang amat sangat.

Yang paling menyakitkan hati ku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat , segala kehidupan didarat dan dilaut hatta burung yang terbang diudara dan semua yang bernyawa akan mendo'akan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa. Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati orang yang berpuasa Ramadhan ialah 1000 kemerdekaan dari azab Neraka, demikian juga di tutup pintu Neraka dan di bukakan pula semua pintu Syurga dengan selebar-lebarnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat dibawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui Syurga.

"Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Tuhan untuk menangkap kami dari bangsa iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua kebawah bumi yang paling bawah sekali dan di azab dengan siksa azab yang amat sangat, siksaan ini akan berterusan sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali."

"Semua ini dilakukan oleh Allah s.w.t. supaya kami tidak mengacau dan menganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan berasa lega dan gembira melakukan ibadah puasa tanpa gangguan dari kami, demikian juga dikala bangun untuk makan sahur diwaktu tengah malam, mereka akan berasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti diwaktu bulan lain".

Terdapat beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan tentang keistimewaan bulan Ramadhan:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ; " Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan redha (ikhlas) dan menjaga batas-batasnya (sah dan batalnya) dan larangan, serta memelihara dirinya dari kesalahan, nescaya puasanya itu akan menghapuskan semua dosa-dosanya yang telah lalu".

Sabda baginda lagi yang bermaksud ; "Telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat. Allah s.w.t. telah memfardukan atas kamu berpuasa padanya. Dibukakan di dalamnya semua pintu Syurga, dan dikuncikan di dalamnya semua pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya segala Iblis dan syaitan".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan An Nasaai serta Al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a.)

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...