Thursday, July 21, 2011

SUNNAH TASRI’ DAN BUKAN TASRI’

 

 

Sunnah Tasri’ iaitu apa yang terbit drp Rasulullah SAW  sama ada berupa perbuatan, percakapan atau pengakuan atas sifatnya sebagai Rasul yang menyampaikan risalah daripada Allah.

Sunnah Bukan  Tasri’ iaitu apa yang terbit drp Rasulullah SAW  sama ada berupa perbuatan, percakapan atau pengakuan atas sifatnya sebagai bukan sebagai Rasul tetapi atas sifat sebagai manusia biasa atau pengalaman beliau dalam kehidupan.  Maka, ia tidak menjadi syariat (perundangan) kepada umat Islam.

Secara detailnya, ia terbahagi kepada 3, iaitu ;

1.  Sesuatu yang  terbit drp Rasulullah SAW berdasarkan tabiat kemanusiaan spt makan, minum dan sebagainya. Perkara tersebut tidak menjadi syariat kepada umat Islam. 

Namun, cara makan dan minum dgn menggunakan tangan kanan, membaca Basmalah, membaca doa sebelum dan selepas makan, merupakan perbuatan yang disunatkan kerana terdapat hadis mengenainya.  Maka, disunatkan umat Islam  mengikutinya, dan tidak menjadi kesalahan jika tidak diikuti.

2.  Sesuatu yang  terbit drp Rasulullah SAW berdasarkan pengalaman baginda dalam perkara dunia spt penyusunan strategi ketenteraan,  perniagaan dsbnya. Perkara tersebut tidak menjadi syariat kepada umat Islam. 

  Strategi dalam peperangan Badar misalnya telah diubah mengikut pendapat para sahabat yang lebih mahir dalam strategi peparangan iaitu diubah tempat perkhemahan tentera Islam berdekatan sumber air. Peristiwa ini diteruskan lagi ketika berlakunya  peperangan Khandak, di mana seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Salman al-Farisi (bangsa Parsi) telah mencadangkan digali parit sebagai benteng dari serangan musuh. Cadangan beliau turut diterima oleh Rasulullah SAW dan Madinah terselamat drp tentera musuh.

3.  Sesuatu yang dikhususkan hanya utk nabi sahaja spt berterusan puasa tanpa berbuka, berkahwin melebihi 4 org isteri dan kewajipan bertahajjud pada waktu malam.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...