Bahasa : Membersihkan sesuatu dari sebarang kotoran
Istilah : Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada sebarang hadas, najis dan kotoran.
HUKUM : WAJIB dan menjadi syarat sah sesuatu ibadah.
BAHAN-BAHAN BERSUCI
1. AIR MUTLAK - iaitu air yang suci dan menyucikan. Ianya terdiri drp ;
a) Air Laut
b) Air Sungai
c) Air Perigi
d) Air Matair
e) Air Hujan
f) Air Paip
g) Air Embun
h) Air Salji
2. TANAH @ DEBU YG SUCI utk bertayammum.
3. BENDA KESAT spt batu, kayu dan kertas utk beristinjak.
4. BENDA BERSIFAT TAJAM spt peluntur, tawas @ bahan kimia utk menyamak kulit binatang.
Rumusan….
# Bersuci drp hadas kecil ialah dgn berwudhuk.
# Bersuci drp hadas besar ialah dgn mandi wajib.
BERSUCI DARIPADA NAJIS
Bahasa : Benda kotor dan jijik
Istilah : Kotoran yg menyebabkan tidak sah solat dan ibadah-ibadah lain.
PEMBAHAGIAN NAJIS
1. NAJIS MUKHAFFAFAH (مُخَفَّفََة) @ NAJIS RINGAN
Air kencing bayi lelaki yg berumur bawah 2 tahun yg hanya minum susu ibunya sahaja.
Cara membersihkannya : Lap tempat yang terkena air kencing dan renjis dgn air mutlak.
2. NAJIS MUTAWASSITHAH (مُتَوَسِّطَةُ) @ NAJIS PERTENGAHAN
Semua jenis najis selain drp NAJIS MUKHAFFAFAH dan NAJIS MUGHALLADZAH spt darah, tahi, bangkai dsb.
Cara membersihkannya : Buangkan najis. Basuh tempat yg terkena najis dgn air mutlak sehingga hilang bau, rasa dan warna.
3. NAJIS MUGHALLADZAH (مُغَلَّظَةٌ) @ NAJIS BERAT
Semua najis drp anjing, babi dan keturunan kedua-duanya @ salah satu daripadanya.
Cara membersihkannya : Buangkan najis. Basuh tempat yang terkena najis dgn air mutlak sebanyak 7 kali. Satu basuhan ialah air yang
bercampur tanah (sertu).