Thursday, July 14, 2011

PUASA

 

image

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita merenung sejenak kepada diri kita sendiri......

Apakah kita benar-benar berpuasa ???

Dah hampir pertengahan Ramadhan....bagaimanakah puasa kita ??? Adakah mutunya semakin meningkat dari tahun-tahun yang lalu...kalau semakin baik...alhamdulillah. Sebaliknya kalau masih ditakuk lama, maknanya kita perlu berbuat sesuatu...

Di sini disertakan beberapa soalan-soalan yang kerap kali kita tanyakan (FAQ) kepada diri kita sendiri sebagai renungan bersama

Persoalan  ringkas yang perlu anda tanya ialah..........

Adakah kedatangan bulan Ramadhan menyukarkan...???

Bagaimana dengan selera makan.....apakah semakin bertambah ???

Sepanjang masa berpuasa adakah anda rasa kenyang atau lapar ??? Pada pendapat anda, yang mana sepatutnya kenyang atau dahaga ??? Kalau anda rasa lapar.....adakah ia memadai untuk merasakan penderitaan orang miskin yang tak ada makanan atau para sahabat nabi yang berjuang di medan perang ketika berpuasa atau Rasulullah SAW sendiri yang selalu berpuasa kerana tak ada makanan dan berbuka dan sahur hanya dengan sebutir tamar ???

Belanja dapur.........bagaimana, semakin kurang atau terlalu...........oop! sorry kalau sensitif !!!

Berat badan anda.....stabil,  kurang atau luar jangka.....??? 

Berapa kali anda pergi ke masjid utk solat, tadarus.........atau ke 'jumbo sale'   'mega sale' atau kelas membuat kuih.

Berapa banyak al-Quran yang anda telah baca di bulan Ramadhan ini........??? atau mana yang lebih banyak anda baca di antara al-Quran, akhbar dan buku masakan ???

Adakah anda kekenyangan yang amat sangat ketika berbuka puasa dan 'membantai' semula selepas balik terawih dan mengulangi perkara yang sama ketika bersahur ???

Semasa anda kanak-kanak dulu berapa hari anda berpuasa dan adakah jumlahnya sama dengan hari yang anda mampu berpuasa sekarang ???

Semasa anda kanak-kanak dulu, tentunya anda puasa tanpa membuat perkara-perkara yang keji spt mengumpat, menipu, menghina, menganaiya atau menghasut......apakah perbuatan tersebut turut anda tinggalkan apabila berpuasa ketika dah dewasa ???

Berapa jumlah perbelanjaan kasar ketika berbuka dan sahur anda.........adakah spt Rasulullah SAW atau para sahabat atau mengalahkan menteri.....???

Berapa lama masa untuk anda makan ketika berbuka dan sahur...adakah sama atau lebih jika dibandingkan ketika makan malam dan makan tengahari...???

Semasa bersiar-siar di siang hari.......apakah ada perubahan pada diri anda spt menundukkan pandangan kepada yang tidak halal atau tidak melayan kerenah rakan anda yang bukan-bukan.........???

Adakah anda menutup aurat 24 jam kepada bukan muhrim apabila berpuasa ??? bagaimana dengan bulan-bulan lain ??? Bagimana dengan ibadah lain semasa bukan bulan Ramadhan spt solat...???

Adakah anda rasakan puasa anda mencapai matlamat yang digariskan oleh syararak ???

Soalan Tambahan..................soalkan mana-mana soalan yang difikirkan sesuai.

Jawablah soalan-soalan di atas dengan jujur, maka anda akan dapat menilai sendiri mutu dan nilai puasa anda !!!

Cukup di sini saja untuk kali ini....

Wassalam.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...