Tuesday, June 7, 2011

Cara Atasi MARAH

 

image

Marah merupakan sifat tabi'e yang ada dalam diri manusia. Yang menjadi persoalannya sekarang ialah bagaimana kita mengatasi sifat marah supaya ianya tidak merosakkan akhlak dan tindakan kita?

 Sabda Rusulullah s.a.w :
"Orang yang kuat itu dengan ukuran kuat bergusti tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal dirinya tatkala ia sedang marah"
(Sepakat dalam riwayat)

Jelas daripada hadis di atas bahawa kekuatan seseorang bukannya hanya diukur dari kekuatan fizikal semata-mata tetapi juga dilihat dari sudut kekuatan jiwa yang terpancar dari sifat menahan kemarahan. Apalah ertinya kekuatan fizikal jika jiwanya lemah dan lesu? Menahan marah juga merupakan satu bentuk amalan yang melayakkan seseorang masuk ke dalam syurga Allah s.w.t.

Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Abu Darda' .a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : "Wahai Rasululahh, tunjukkan kepada saya satu amlan yang membolehkan saya masuk ke dalam syurga". Jawab Rasulullah : "Janganlah kamu marah".

Antara ciri-ciri orang yang masuk ke dlama syurga Allah s.w.t ialah mereka yang menhan kemarahan dan orang-orang seperti ini telah dipuji oleh Allah s.w.t sebagaimana yang dapat difahami dari firman Allah yang bermaksud :
"....mereka yang menafkahkan (harta) sama ada pada waktu lapang atau waktu sempit, mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh manusia dan Allah mengasihi orang yang melakukan kebaikan".
(Surah Aali-Imran : ayat 134)

Ada beberapa cara untuk kita menghilangkan atau meredakan perasaan marah, antaranya :

1) Mengingati kelebihan dan ganjaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada sesiapa yang menahan kemarahan.

2) Mengingatkan diri kita betapa buruknya rupa kita ketika marah seolah-olah ianya bukan diri kita.

3) Memohon perlindungan kepada Allah daripada terjebak dalam kemarahan yang tidak kena pada tempatnya.

4) Menukar posisi kita, umpamanya duduk ketika marah dalam keadaan berdiri

5) Berwuduk sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w :
"Sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan sedangkan syaitan itu berasal ciptaannya daripada api. Sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang kamu merasa marah maka hendaklah ia berwuduk".
(Riwayat Abu Dawud)

Insya-Allah,dengan kita mengambil beberapa tindakan seperti di atas tadi, ianya dapat mengawal diri kita daripada terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak diingini kesan daripada perasaan marah yang meluap-luap.

Namun demikian, terkadang perasaan marah perlu ada pada kita jika manusia melanggar hukum-hukum Allah dan jika Islam dan umatnya dipermain-mainkan. Mudah-mudahan Allah s.w.t sentiasa memberi petunjuk kepada kita.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...