Tajuk : " Mengenali Alam Jin" - Siri 1
 1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari 
 api (biru),dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.  
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi 
 Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke 
 bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.  
 3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin 
 Tidak Islam(Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak 
 Islam).  
 4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang 
 menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. 
 Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan. 
 Beliau menambah,orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin 
 lah tu (sambil berseloroh).Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak 
 boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.  
 5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, 
 tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.  
 6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya 
 jalanraya),perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman."Mengikut  
 sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka 
 sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila 
 pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit 
 jin!!!!  
 7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun & gt; 
 atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya apabila 
 Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi 
 Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman 
 duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di 
 hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut 
 reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh 
 jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.  
 8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya 
 tenang,terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu 
 itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).  
 9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap 
 belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah 
 baru,digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.Jin lari selama 
 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai....orang melayu suka sangat 
 menepung tawar !!!  
 10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika 
 tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab 
 beliau pernah jumpa orang yang di rasuk, membaca sama ayat kursi....  
 11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza 
 dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang 
 bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin 
 boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.  
 12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh 
 terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi 
 pesan supaya ! mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali 
 & gt selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin 
 akan keluar,jika kita melarangnya.  
 13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. 
 Manakala,syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.  
 14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. 
 Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia 
 lebih dari bilangan pasir dan rumput.  
 15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia ke mana juga 
 kita pergi.  
 16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia 
 dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun susah.  
 17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. 
 Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk 
 masjid (tahu ikut peraturan).  
Al-Quran - Surah Al- Baqarah - Ayat 159
 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami 
 turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami 
 menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat 
 oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr 
 .a, Rasulullah S.A.W bersabda: "  
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

 
