Monday, June 13, 2011

Hari Kebangkitan

 

image

Tiada sesiapapun yang terkecuali dari kebangkitan kedua didataran mashyar ,suatu episod kehidupan yang tidak akan berakhir dengan kematian. sama ada mereka percaya dengan saat Qiamat yang menggerunkan itu, atau tidak beriman dan melupakannya,namun qiamat tidak pernah melupakan mereka dan pasti menjelang tiba.

Ada golongan manusia yang merasai bahang qiamat begitu hampir ,malah dalam peristiwa Israk Mikraj Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan dunia ini bagai manusia yang bongkok kerana terlalu tua, dan Nabi juga menyifatkan bahawa hari Qiamat itu hanya sejarak dua batang hari.Para sahabat Nabi sering dibayangi saat Qiamat , setiap kali berlaku perkara yang menggerunkan seperti ribut kencang seolah-olah qiamat telah tiba.

Orang- orang mukmin menghadapi saat Qiamat dengan segala persiapan , melakukan ketaatan seluruh perintah Allah serta menjauhi segala yang fashyak dan mungkar. Baginya kehidupan didunia terlalu singkat, dalam waktu yang terbatas itu digunakan sepenuhnya untuk menyediakan bekalan bagi menghindar dari muflis diakhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Apakah kamu tahu siapakah yang muflis? Mereka menjawab ; yang muflis dikalangan kami ialah orang yang tiada wang dan harta.Maka sabda Rasulullah s.a.w “Sesungguhnya orang yang muflis dikalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat dengan pahala solatnya, puasanya,dan zakatnya ,tetapi dia datang dengan dosa memaki orang lain,menuduh orang lain, memakan harta orang lain, (dengan cara yang batal) menumpahkan darah orang lain dan memukul orang lain dengan cara yang tidak sebenar , lalu diberi kepada yang ini (orang yang dilakukan segala dosa) daripada segala kebajikannya , dan yang inipun diberi dari pahala kebajikannya juga, sehingga habislah pahala kebajikannya sedangkan dosanya kepada orang lain belum dibayar maka diambil pula dosa-dosa orang lain dan dicampakkan keatasnya ,kemudian dia dicampakkan pula ke dalam neraka.”

Walaupun orang itu ke akhirat dengan berbekalkan pahala ,tetapi sayang mereka juga turut berbekalkan dosa-dosa kerana menganiayai orang lain.,seperti yang dijelaskan dalam hadis Nabi seperti disebut diatas itu. Akibatnya segala pahala yang dibawanya habis semua untuk membayar segala hal yang bersangkutan dengan orang lain ,akhirnya jadilah mereka orang yang benar-benar muflis.

Sementara Imam Al-Ghazali pula menyeru kepada manusia dengan seruan”Wahai sang miskin “adapun miskin yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali ialah orang–orang yang miskin ilmu ,sama ada ilmu akhirat atau ilmu yang membawa kepada peningkatan iman iaitu agama(ulumiddin). Orang yang miskin harta tidak kekal berkemungkinan dia akan menjadi orang kaya suatu ketika . Tetapi miskin ilmu ibarat orang yang berjalan dalam gelap tanpa obor ditangan , maka sesatlah padahnya.

Kata Imam Al-Ghazali “Wahai orang yang miskin ,cuba anda fikir tentang soalan yang akan ditujukan kepadamu oleh Allah SWT secara berdepan tanpa sebarang juru penterjemah .Kamu akan disoal oleh Allah dengan pertanyaan yang banyak atau sedikit walaupun perkara yang sekecil kulit padi”.

yang dimaksudkan perbicaraan tanpa jurubahasa bererti bahawa dalam mahkamah Allah diakhirat kelak ,Allah SWT sendiri akan menjadi pendakwaraya yang membacakan setiap dakwaan tanpa melalui pihak kedua.(malaikat) . Allah SWT bertindak menjadi hakim yang mengadili setiap perbicaraan dengan soalan yang detail sehingga perkara yang terlalu kecil pun tidak akan terlepas .Terlalu cermat mahkamah Allah diakhirat itu,sehingga tidak ada keraguan atau kezaliman terhadap keputusan yang diterima oleh setiap orang yang terdakwa.

Sementara menunggu kes seseorang untuk disebut di mahkamah akhirkata itu, sudah pasti begitu banyak masa yang terpaksa menunggu giliran, setelah berada tiga ratus tahun melaui tempoh manusia dibiarkan oleh Allah SWT didataran mashyar iaitu suatu keadaan yang menjadi tanda tanya dikalangan ahli mashyar, seolah-olah mereka berada dalam tempoh tahanan sementara menunggu perbicaraan.

Disaat manusia bermandi peluh bahana dosa yang menimbun ,dan berenang dilautan airmata kerana penyesalan,maka turunlah para malaikat dengan tubuh yang besar raksasa, masing-masing membawa waran tangkap dengan pandangan mata yang menggerunkan memerhati siapa yang ditentukan dibicarakan dahulu, maka para malaikat itu cekup kepala orang-orang yang banyak dosa untuk dicampakkan ketengah mahkamah akhirat tempat berlangsungnya perbicaraan tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;’Adapun malaikat yang datang dihari qiamat itu,ukuran jaraknya antara dua kelopak matanya ialah perjalanan seratus tahun”.

Jika jarak antara kelopak mata malaikat ibarat perjalanan seratus tahun ,adakah dapat dibayangkan sebesar mana pula kepala malaikat itu,sukarlah hendak dibayangkan setinggi mana pula tubuh badannya.Demikianlah Allah SWT menjadi raja pada hari itu.

Para malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT kepada penghuni Mashyar dengan tugas-tugas rasmi untuk mencekup manusia dan dilontarkan ke sebuah dataran untuk dipertunjukkan segala amalan mereka sama ada yang baik mahupun keji.

Apabila turun segala malaikat itu dari segenap penjuru, maka tidak ada yang terkecuali walau seorang nabi, seorang siddiq, seorang soleh, dan seorang wali melainkan kesemuanya tersungkur sangat takut dan bimbang kalau diri mereka yang akan ditunjukkan oleh malaikat tersebut dan seterus bakal dicelup oleh para malaikat tersebut .Padahal para rasul, anbiya dan juga auliya adalah golongan kekasih Allah ,namun mereka pun tetap merasa bimbang dan gerun dihari itu.

Para nabi, siddiqin, solihin dan auliya , mereka adalah golongan muqarrabun iaitu golongan yang amat berdamping rapat dengan tuhan . Jika mereka pun tersungkur jatuh, maka bagaimana kah pula halnya dengan golongan mujrimin iaitu golongan yang derhaka dan kalangan ahli maksiat dan kafir? Bolehkah anda bayangkan sendiri betapa keadaan mereka ketika itu?

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...