Thursday, June 9, 2011

Kejernihan Hati

 

image

Maksud hadis : “Hai putra Imran janganlah sekali-kali engkau dengki kepada manusia kerana kurnia yang Aku anugerahkan kepada mereka dan janganlah kau arahkan pandanganmu kepada hal itu serta janganlah kau turuti perasan dengki itu. Sesungguhnya orang yang dengki bererti jengkel kepada nikmatKu dan mengugat pembahagian anugerah yang Aku tetapkan antara hamba-hambaKu. Barang siapa berlaku demikian maka aku tidak berhubung dengannya dan tidak dia berhubung denganKu."

Cahaya ruhaniyah dan pecikan ilahiyah yang menjadikan manusia lebih agung daripada hal-hal lain di dunia tidak seiring dengan kegelapan dan kesempitan yang wujudkan hasil dari perasaan kedengkian yang mengerikan itu. Kerana dengki membuat hati manusia menjadi sempit dan resah gelisah. Hati menjadi pedih dan tertekan dada menjadi sempit dan wajah yang masam. Keadaan demikaian memadamkan cahaya iman dan mematikan hati. Semakin kuat sifat itu menunjangi manusia makin makin kurang terang hatinya. Orang dengki merasa tidak rela kepada Tuhannya dan memenjarakan perasaan marah kepada Allah swt.

Mukmin sejati tidak kuasai oleh kecintaan kepada hal-hal dunia sementara orang dengki dijangkiti oleh kejahatan kerana kecintaannya kepada dunia. Seorang mukmin tidak memiliki rasa takut dan rasa kesedihan apa pun dalam hatinya selain dari rasa takut kepada hal-hal berhubungan dengan kecintaannya kepada Allah. Tetapi rasa takut dan sedihnya orang yang dengki berkisar di sekitar orang yang dicemburuinya. Orang mukmin mempunyai raut wajah berseri-seri yang mengambarkan wataknya yang menyenangkan. Orang yang dengki mempunyai wajah yang suram dan air muka yang masam. Orang mukmin bersikap rendah hati dan tidak sombong ataupun dengki….

Memahaminya akan membuatkan kita menjauhinya supaya hati kita terserlah kejernihan yang berpanjangan...Semoga Allah menjauhkan rasa kedengkian...Memiliki hati yang yang jernih yang TIADA HASAD DENGKI

Amalkan doa dari surah Hasyr.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...