Wednesday, May 4, 2011

Keadilan AllahSwt Pada Hambanya

 

Assalammualaikum... sepanjang kehidupan kita di dunia ini kita tidak tahu sama ada segala amalan kita di dunia ini diterima oleh Allah swt ataupun tidak oleh itu sentiasalah berdoa agar ibadah kita diterima oleh Allah swt dan lakukanlah segala amalan dengan penuh khusyuk dan tawaaduk....

Bismillahirohmanirohim...

Kepada sahabat sekalian agar di dalam perlindungan Allah s.w.t hendaknya.. Disini sama-samalah kita renungkan betapa hebatnya kuasa ALLAH, betapa adil dan saksamanya ALLAH pada hambanya dan DIAlah segalanya buat kita. Kita datang kerana-Nya dan kita pergi kerana_Nya jua. Semoga kita pergi dalam keimanan...

Ikhlaslah menjadi diri kita. Tak kira apa jua bentuk fizikal kita, sikap kita dan segalanya tentang kita. Mungkin hari ini kita jadi org yang baik, tapi ingatlah esok, lusa dan hari mendatang kita. Adakah kita masih jadi baik??? Berdoalah agar ditetapkan iman yang sedikit ini. jangan sekali kita membenci, menyampah, mencaci, terutamanya mentertawakan org lain. Ingatlah ALLAH maha adil. Hari ini kita ketawakan org lain, tapi kita kena ingat, kita masih ada hari esok dan seterusnya sekiranya dipanjangkan umur. Suatu hari kita juga akan ditertawakan bgmn kita mentertawakan org lain.

Hari ini adalah nikmat untuk kita.
Hari ini kita gemuk, tapi itu nikmat untuk kita
Hari ini kita berduka, ia juga nikmat untuk kita
hari ini kita bodoh, ia nikmat untuk kita
Hari ini kita miskin, nikmat juga namanya. Kerananya suatu hari bila
kita menjadi cantik, kita tak lupa org hodoh kerana kita pernah merasa.

Suatu hari kita kaya, kita bersedekah kerana pernah merasa miskin,
Suatu hari kita bergembira, kita mampu memahami org lain kerana kita pernah berduka
Suatu hari kita pandai, kita tak kedekut ilmu membantu org yang bodoh kerana kita pernah bodoh.

Itulah nikmat namanya kerana sebenarnya kita lebih baik dari org lain. Ikhlaskan hati walau apa jua dugaan yang mendatang. Terimalah dengan hati terbuka apa jua yang ada tentang diri kita. Perbaiki diri semampu dan sekuat yang boleh. Berusahalah menjadi diri sendiri, INSYALLAH kita diberi ketenangan hati.

Apa jua kita lakukan jangan lupa kembali pada Pencipta kerana semuanya Dia yang memberi untuk kita. Jangan kita merendahkan org lain kerana sebenarnya kita merendahkan diri kita di sisi ALLAH. Ingatlah keadilan Allah, setiap apa jua yang terbit dari mulut dan hati ada pembalasan.

Ikhlaskan diri menerima ujian, INSYALLAH kita akan dapat suatu yang hebat dari-Nya. Allah memberi dugaan kepada hamba-Nya pasti disertakan dengan ketabahan dan kekuatan.
Sama-samalah kita muhasabah diri. Semoga kita sama-sama jadi org yang beriman.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...