Friday, May 6, 2011

kehebatan wuduk

 

image

Seumur hidup kita, pernahkah kita bermudah-mudah, bersikap sambil lewa atau tergesa-gesa ketika berwuduk, walaupun sekali? Adakah waktu itu kita merasakan wuduk itu tidak sepenting sembahyang?

Walaupun diketahui umum, wuduk yang tidak sempurna akan merosakkan sembahyang itu sendiri, tetapi tanpa disedari, kadangkala berlaku juga situasi sedemikian. Wuduk adalah muqadidmah kepada sembahyang. Sebab itu Sayidina Abu Bakar atau Sayidina Umar kelihatan pucat mukanya atau menggiggil ketika mengambil wuduk lagi, kerana mereka sedar sebentar lagi mereka akan menghadap Allah, Tuhan sekalian alam.

Rukun Wuduk

Wuduk jadi sempurna, kerana sempurna rukunnya. Rukun wuduk ada enam perkara.

Niat (sunat atau wajib)

Membasuh muka. Kawasan muka - panjangnya ialah daripada tempat tumbuh anak rambut hingga ke bawah dagu dan lebarnya ialah daripada anak cuping telinga kiri hingga anak cuping telinga kanan.

Membasuh tangan hingga ke siku.

Menyapu kepala, memadai menyapu sedikit kepala atau tepi, tetapi tidak memadai pada rambut panjang yang melebihi had kepala.

Membasuh dua kaki hingga ke buku lali.

Tertib. Tidak boleh didahulukan tangan daripada kepala atau kaki daripada tangan.

Makruh Semasa Wuduk

Berwuduk dalam keadaan tidak berpakaian

Berwuduk dalam tandas

Bercakap-cakap semasa mengambil wuduk

Menggunakan air musyammas

Menggunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk

Memulakan membasuh anggota wuduk dengan anggota kiri

Meninggalkan sunat wuduk seperti meninggalkan dari membaca Bismillah pada permulaan wuduk.

Sunat Wuduk

Sunat-sunat wuduk ada 18 perkara:

Membaca Bismillah di awal wuduk

Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan sewaktu awal wuduk

Menggosok gigi

Berkumur-kumur dengan air

Menyedut air ke dalam hidung menggunakan tangan kanan dan menghembuskannya ke tangan kiri

Meratakan air ke dalam janggut (bagi lelaki yang berjanggut tebal)

Menggosok-gosok air di celah-celah jari tangan dan kaki

Menyapu seluruh rambut di atas kepala atau semua bahagian kepala

Menyapu kedua cuping telinga luar dan dalamnya

Mengulang-ulangi membasuh semua anggota wuduk tiga kali setiap anggota

Memulakan dengan mendahulukan membasuh anggota kanan kemudian kiri

Menggosok anggota dengan air menggunakan tangan

Berturut-turut teratur mengikut giliran pada membasuh segala anggota (mualat) yakni dahulukan yang dahulu serta kemudiankan yang kemudian

Membasuh tangan lebih daripada had siku ke atas sedikit dan lebihkan daripada paras buku lali

Menjimatkan penggunaan air ketika berwuduk

Menghadap ke kiblat ketika berwuduk

Membaca doa wuduk sebaik sahaja selesai berwuduk

Solat sunat dua rakaat setelah selesai wuduk.

TIPS 1

Kelebihan gosok gigi ialah membersihkan mulut, diredhai Allah dan dibenci oleh syaitan. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW ada bersabda,
"Andaikata aku tidak khuatir akan memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan kepada mereka supaya bersugi (gosok gigi) pada setiap kali akan menunaikan solat."

TIPS 2

Cara istinjak :

Apabila anda tidak boleh menggunakan air untuk bersuci, gunakanlah batu untuk beristinjak. Kaedahnya: Gunakanlah tiga biji batu yang bersih dan kering untuk menyapu tempat lalu najis agar tidak merebak daripada tempatnya. Jika tidak cukup, gunakanlah lima biji batu dan seterusnya secara ganjil. Mengganjilkan bilangan batu itu sunat sementara membersihkannya pula adalah wajib. Beristinjak hendaklah menggunakan tangan kiri.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...