Friday, May 6, 2011

Perkara Yang Ada Kaitan Dengan Kesusahan

 

image

Dalam kitab Al-Barokah Fii Fadl Lis Sa’yiwal Harokah yang telah disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al Habsyi, terdapat penerangan tentang beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan.

Dalam kitab Al-Barokah Fii Fadl Lis Sa’yiwal Harokah yang telah disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al Habsyi, terdapat penerangan tentang beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan. Antaranya :

1. Tidak sembahyang atau solat
2. Bila hendak makan tidak membaca Bismillah
3. Makan diatas pinggan yang terbalik
4. Memakai kasut atau sandal memulakan dengan sebelah kiri
5. Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh ke dalam hidangan makanan
6. Berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil
7. Suka bersandar di pintu rumah
8. Suka duduk di atas tangga
9. Membiasakan diri membasuh tangan dalam pinggan selepas makan
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung
11. Tidak membersihkan rumah
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain
13. Suka membersihkan rumah pada wakttu malam
14. Suka tidur diatas muka
15. Membakar kulit bawang
16. Menjahit baju yang sedang di pakai
17. Mengelap muka dengan baju
18. Berdiri sambil mencekak pinggang
19. Tidur tanpa memakai baju
20. Makan sebelum mandi junub (mandi hadas)
21. Selepas sembahyang subuh di masjid, keluar masjid dengan tergesa-gesa
22. Matahari belum terbit sudah pergi ke pasar
23. Lambat pulang dari pasar
24. Berdoa hal yang tidak baik bagi orang tua dan anak
25. Kebiasaan tidak menutup makanan yang di hidangkan
26. Suka memadam lampu (minyak tanah) dengan nafas
27. Membuang kutu (kepala) dalam keadaan hidup
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan
29. Suka kencing pada air yang mengalir
30. Memakai seluar sambil berdiri
31. Memakai serban sambil duduk
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis
33. Makan dengan menggunakan dua jari
34. Berjalan di antara kambing
35. Berjalan di antara dua perempuan
36. Suka mempermainkan janggut
37. Suka meletakkan jari-jari tangan pada bahagian lutut
38. Meletakkan tapak tangan di hidung
39. Suka menggigit kuku
40. Mendedahkan aurat di bawah sinar matahari dan bulan
41. Menghadap kiblat ketika membuang air
42. Menguap ketika solat
43. Meludah pada tempat buang air

Setiap yang berlaku pada diri anak adam adalah ketentuan yang Maha Kuasa. Manusia hanya berkemampuan membuat perancangan, tetapi peracangan Allah adalah yang terbaik. Moga input ini dapat membawa sedikit renungan berguna.Insya-Allah.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...