Tuesday, May 10, 2011

Petua Memilih Sahabat

 

image

 

Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci, bersyukur kini padaMu Illahi teman yang dicari selama ini telah kutemui”

BERKATA HUKAMA’
“ Sekiranya kamu ingin mengetahui tingkah laku , peribadi atau kelakuan sesorang, adakah dia seorang yang soleh ataupun toleh maka tidak perlulah kamu bertanya A di sana- sini. Cukup dengan kamu melihat sahabatnya dan siapakah orang yabg disayangi maka dari situ kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang itu pasti akan mengikut peribadi sahabatnya”

BERKATA ULAMA’
“ Janganlah kamu bersahabat melainkan dua dari tiga orang iaitu :
· Pertama, orang yang pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu memberi manfaaat kepadamu.
· Kedua, orang yang kamu memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu diterima dan diamalkan olehnya.
· Ketiga, orang yang kamu tidak memperlajari ilmu daripadanya dan kamu tidak mengajarkan sesuatupun kepadanya, maka yang lebih baik bagi kamu ialah menjauhi diri kamu daripadanya.

NASIHAT AL-QOMAH KEPADA ANAKNYA

Berpesan Al-Qomah kepada anaknya, “ Wahai puteraku! Jika kamu ingin bersahabat maka carilah sahabat yang mempunyai sifat-sifat berikut:

1- Jika kamu ditimpa bencana maka dia segera untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu.
2- Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan daripadanya maka dia akan segera memberikan bantuan.
3- Jika kamu merancangkan sesuatu maka dia akan membantu kamu dengan memberikan pandangannya.
4- Jika kamu mencceritakan sesuatu kepadanya maka dia akan membenarkannya.
5- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau percakapan kamu, dia akan menutupinya.
6- Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengannya maka dia akan membalas dengan baik.
7- Jika kamu menghulurkan kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik malah membalas kembali kebaikkanmu itu.
8- Jika dia mendapatkebaikkan dari kamu, dia akan mengingati, menghargai dan menyebut kebaikkanmu.
9- Jika kamu malu untuk meminta sesuatu pertolongan darinya, dia sendiri yang akan bertanya kepada kamu tetang hajatmu.
10- Jika berlaku perselisihan antara kamu dengannya, dia lebih suka mengalah demi menjaga dan memelihara hubungan persahabatan dengan kamu.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...