Friday, June 17, 2011

Apa yang perlu dibuat setiap hari?

 

image

Sentiasa patuh dan taat kepada ajaran islam yakni patuh kepada Allah dan Rasulullah.


Sentiasa muhasabah diri dan melihat kesilapan yg dilakukan dan cuba berhijrah ke arah lebih baik.


Sentiasa merendah diri dan melihat orang yg nasibnya lebih teruk dari kita agar timbul rasa bersyukur.


Sentiasa cuba untuk menegur bila ternampak orang lain berbuat maksiat dan kesalahan dan elakkan sengaja mencari salah orang.


Sentiasa cuba menasihati dan mengajak saudara sesama islam untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.


Sentiasa berusaha mempelajari ilmu agama dan mengamalkan apa yg dipelajari agar dapat ia memperbaiki diri.


Sentiasa cuba membantu orang yg susah sekadar kemampuan diri dan sentiasa berbuat baik pada semua orang.


Sentiasa cuba berusaha menjadi lebih baik daripada semalam dan berusaha membersihkan hati dari segala prasangka.


Sentiasa belajar memaafkan kesalahan orang lain kepada kita dan jadikan diri seorang yg lambat marah dan cepat redanya.


Sentiasa ada rasa syukur dan mengharap kepada Allah sahaja di waktu senang dan susah dengan keyakinan tinggi iaitu Allah pasti bersama kita.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...