Ibn Qayyim ketika mentafsirkan maksud ayat
مِنْ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
Maksud: (bisikan) daripada jin dan manusia. (Surah al-Nas: ayat 5)
Beliau menjelaskan bahawa pandangan yang tepat bagi maksud ‘jin dan manusia’ ialah merujuk kepada bisikan atau waswas.
Bahkan dalam hadis, diriwatakan Uthman bin Abi al-Aas datang berjumpa Nabi dan bertanya:
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلاتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَيَّ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ، فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ ، وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاثًا. قَالَ: فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي.
Maksud: “Wahai Rasulullah, syaitan telah datang antara diriku dan solat dan menjadikan aku keliru dalam bacaanku.” Rasulullah s.a.w. menjawab: Itu adalah syaitan yang bernama Khanzab. Jika kamu menyedari kehadirannya, makan mohonlah perlindungan Allah daripada gangguannya dan ludahlah (tanpa air liur) ke kiri sebanyak tiga kali.” Uthman berkata: “Aku melakukannya dan Allah menjauhkan syaitan daripadaku.” (Sahih Muslim)
Kedua, ibadah disyariatkan oleh Allah bersama dengan kemudahan untuk dilaksanakan. Allah tidak pernah memberikan kepayahan dan kesempitan untuk perlu dirasai oleh hamba-hamba-Nya dalam melakukan sebarang ketaatan.
Ketiga, berusahalah bersungguh-sungguh untuk membetulkan bacaan, dan jangan sampai ia menganggu solat dan mendatangkan rasa malas. Kerana malas tersebut datang dari syaitan. Oleh itu juga, banyakkan berdoa minta berlindung dari syaitan
Allahu'alam...