saya tertarik untuk berkongsi artikel ini bersama anda apabila saya pernah berjumpa dengan org yang seperti ini. mulianya kita jika berilmu dan beramal namun akan jadi sebaliknya jika kita ujub dan sombong akan ilmu yang kita peroleh itu. saudara seislam itu telah memperkecil dan memandang rendah saya dengan mengatakan saya tidak layak untuk memberi pandangan dan teguran kerana menganggap saya ilmu agama saya cetek. tiada guna ilmu agama yang tinggi jika akhirnya mati dalam kekufuran (mati dalam murka Allah kerana riyak dan sombong).
CARA TUHAN MURKA
Di antara cara Tuhan murka
pada seseorang hamba itu
Ialah apabila dia
membuat amalan ibadah
atau kebajikan,
dia memandang besar
dengan ibadah
dan kebajikannya itu.
Apabila membuat dosa
dan kesalahan,
dia memandang kecil sahaja
bahkan dilupakan.
Dia merasakan ibadah
dan kebajikannya
boleh menghapus atau
menutup dosa-dosanya.
Kerana banyak ibadah
yang dibuat, dia terasa aman
dengan Tuhannya
Bahkan rasa senang
dan tenang dengan
amal ibadah dan kebajikannya.
Dengan amal ibadah
dan kebajikan
yang dibuatnya,
takut dengan Tuhan
sudah tidak ada.
Dia sudah merasakan
Tuhan sudah redha dan
Dia yakin ia akan selamat
dengan ibadah
dan kebajikan yang dibuat.
Apabila Tuhan
bertambah murka
Dengan amal ibadah
dan kebajikan
yang dibuatnya ,
datang pula UJUB dan RIYAK
Kemudian timbul pula sum’ah
dan sombong dengan amal ibadahnya.
Jika dia tidak sedar juga
Tuhan tambah lagi kemurkaanNya
dengan cara dia memandang orang
yang kurang ibadahnya dengan pandangan hina.
Dia pula mulalah mengata dan mengumpat orang lain
Kejahatan orang lain dia nampak,
kejahatan diri sendiri makin tidak nampak
Dia pun terus mengerjakan ibadah dan kebajikan
di atas sifat-sifat yang disebutkan tadi
Hinggalah ke akhir hayat umurnya
Dia pun mati di atas sikapnya yang diceritakan tadi.
Maka dia pun mati di dalam su’ul khatimah
MATI DI DALAM KEMURKAAN ALLAH
bersama-sama amal ibadahnya
Maka dia pun masuk Neraka dengan penuh terkejut, waliyazubillah