Hukum Sujud Tilawah Ditujukan pada Siapa Saja?
1. Sujud tilawah ditujukan untuk orang yang membaca Al Qur’an dan ini berdasarkan kesepakatan para ulama’, baik ayat sajadah dibaca di dalam solat ataupun di luar solat.
2. Bagaimana untuk orang yang mendengar bacaan Qur’an dan di sana terdapat ayat sajadah? Apakah dia juga dianjurkan sujud tilawah?
Dalam kedua pemasalahan ini terdapat perselisihan di antara para ulama’.
Pendapat pertama mengatakan bahawa orang yang mendengar bacaan ayat sajadah dianjurkan untuk sujud tilawah, walaupun orang yang membacanya tidak melakukan sujud. Pendapat pertama ini dipilih oleh Imam Abu Hanifah, Imam Asy Syafi’i, dan salah satu pendapat Imam Malik.
Pendapat kedua mengatakan bahawa orang yang mendengar bacaan ayat sajadah ikut bersujud jika dia menyemak bacaan dan jika orang yang membaca ayat sajadah tersebut ikut bersujud. Pendapat kedua ini dipilih oleh Imam Ahmad dan salah satu pendapat Imam Malik. Inilah pendapat yang lebih kuat.
Dalil dari pendapat kedua ini adalah dua hadith sahih berikut:
Hadith Ibnu Umar: “Nabi s.a.w pernah membaca Al Qur’an yang di dalamnya terdapat ayat sajadah. Kemudian ketika itu beliau bersujud, kami pun ikut bersujud bersamanya sehingga ada salah seorang di antara kami tidak mendapat tempat untuk menjadikan tempat bersujud.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Ibnu Mas’ud pernah mengatakan pada Tamim bin Hadzlam yang saat itu adalah seorang pemuda (ghulam), -tatkala itu dia membacakan pada Ibnu Mas’ud ayat sajadah-,
اسْجُدْ فَإِنَّكَ إِمَامُنَا فِيهَا
“Bersujudlah kerana engkau adalah imam kami dalam sujud tersebut.” (Diriwayatkan oleh Al Bukhari secara mu’allaq). Al Bukhari membawakan hadith Ibnu Umar di atas dan riwayat Ibnu Mas’ud ini pada Bab “Siapa yang sujud kerana sujud orang yang membaca Al Qur’an (ayat sajadah).”
Perhatian: Disyariatkan bagi orang yang mendengar bacaan ayat sajadah kemudian dia ikut bersujud adalah apabila orang yang diikuti termasuk orang yang layak jadi imam. Jadi, apabila orang yang diikuti tadi adalah anak kecil (shobiy) atau wanita, maka orang yang mendengar bacaan ayat sajadah tadi tidak perlu ikut bersujud. Inilah pendapat Qotadah, Imam Malik, Imam Asy Syafi’i dan Ishaq. (Lihat Al Mughni, 3/98)
Bolehkah Melakukan Sujud Tilawah di Waktu Dilarang untuk Solat?
Sujud tilawah boleh dilakukan di waktu terlarang untuk solat. Alasannya, karena sujud tilawah bukanlah solat. Sedangkan larangan solat di waktu terlarang adalah larangan khusus untuk shalat. Inilah pendapat yang lebih kuat di antara pendapat para ulama. Inilah pendapat Imam Syafi’i dan salah satu pendapat dari Imam Ahmad. Pendapat ini juga dipilih oleh Ibnu Hazm. (Lihat Sahih Fiqih Sunnah, 1/452)
Sujud Tilawah Ketika Solat
Dianjurkan bagi orang yang membaca ayat sajadah dalam solat baik solat wajib mahupun solat sunat agar melakukan sujud tilawah. Inilah pendapat jumhur ulama’. Hal ini dianjurkan pada solat jemaah atau sendirian dan solat siriyah (solat dengan suara perlahan seperti pada solat zohor dan asar) atau solat jariyah (solat dengan suara kuat seperti pada solat maghrib dan isyak).
عَنْ أَبِى رَافِعٍ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ أَبِى هُرَيْرَةَ الْعَتَمَةَ فَقَرَأَ ( إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ ) فَسَجَدَ فَقُلْتُ مَا هَذِهِ قَالَ سَجَدْتُ بِهَا خَلْفَ أَبِى الْقَاسِمِ – صلى الله عليه وسلم – فَلاَ أَزَالُ أَسْجُدُ بِهَا حَتَّى أَلْقَاهُ
Dari Abu Rofi’, dia berkata bahwa dia solat Isyak (solat ‘atamah) bersama Abu Hurairah, lalu beliau membaca “idzas samaa’unsyaqqot”, kemudian beliau sujud. Lalu Abu Rofi’ bertanya pada Abu Hurairah, “Apa ini?” Abu Hurairah pun menjawab, “Aku bersujud di belakang Abu Qasim (Rasulullah s.a.w) ketika sampai pada ayat sajadah dalam surat tersebut.” Abu Rofi’ mengatakan, “Aku tidaklah pernah bersujud ketika membaca surah tersebut sampai aku menemukannya saat ini.” (H.R. Bukhari no. 768 dan Muslim no. 578)
Namun bagaimana jika shalatnya adalah shalat siriyah semacam shalat zhuhur dan shalat ashar? Pada shalat tersebut, makmum tidak mendengar kalau imam membaca ayat sajadah.
Sebahagian ulama’ Hanabilah mengatakan bahwa imam terlarang untuk membaca ayat sajadah dalam solat yang tidak dizahirkan suaranya (dikeraskan suaranya). Jika imam tersebut tetap membaca ayat sajadah dalam solat itu, maka tidak perlu ada sujud. Pendapat ini juga adalah pendapat Imam Abu Hanifah. Alasan dari pendapat ini adalah agar tidak membuat kecelaruan pada makmum.
Namun ulama Syafi’iyah tidaklah melarang hal ini. Kerana tugas makmum hanyalah mengikuti imam. Jadi jika imam melakukan sujud tilawah, maka makmum hanya perlu ikut saja dan dia ikut sujud. Alasannya adalah sabda Nabi s.a.w,
إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا
“Sesungguhnya imam itu untuk diikuti. Jika imam bertakbir, maka bertakbirlah. Jika imam sujud, maka bersujudlah.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Begitu pula apabila seorang makmum tatkala dia berada jauh dari imam sehingga tidak boleh mendengar bacaannya atau makmum tersebut adalah seorang yang pekak, maka dia harus tetap sujud kerana mengikuti imam.
Pendapat kedua inilah yang lebih tepat. Inilah pendapat yang juga dipilih oleh Ibnu Qudamah. (Lihat Al Mughni, 3/104)
Dilarang Melangkah Ayat Sajdah Atas Alasan Supaya Tidak Sujud
Ibnu Qudamah mengatakan, “Dimakruhkan melakukan ikhtishorus sujud iaitu melangkah ayat sajadah agar tidak bersujud. Yang berpendapat seperti ini adalah Asy Sya’bi, An Nakho’i, Al Hasan, Ishaq. Sedangkan An Nu’man, sahabatnya Muhammad dan Abu Tsaur memberi keringanan dalam hal ini.” Ibnu Qudamah lalu mengatakan,
وَلَنَا أَنَّهُ لَيْسَ بِمَرْوِيٍّ عَنْ السَّلَفِ فِعْلُهُ ، بَلْ كَرَاهَتُهُ
“Menurut kami, tidak ada diriwayatkan dari seorang salaf pun yang melakukan semacam ini (iaitu melompati ayat sajadah agar tidak melakukan sujud tilawah), bahkan mereka (para salaf) memakruhkan hal ini.” (Lihat Al Mughni, 3/103)
Bagaimana Jika Ayat Sajadah Berada Di Akhir Surah?
Surah yang terdapat ayat sajadah di akhir adalah seperti surat An Najm ayat 62 dan surat Al ‘Alaq ayat 19. Maka ada tiga pilihan dalam permasalahan ini.
1. Ketika membaca ayat sajadah lalu melakukan sujud tilawah kemudian setelah itu berdiri kembali dan membaca surah lain kemudian rukuk.
Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh Umar bin Khattab. Ketika solat subuh, beliau membaca surah Yusuf pada rakaat pertama. Kemudian pada rakaat kedua, beliau membaca surat An Najm (dalam surat An Najm terdapat ayat sajadah), lalu beliau sujud (iaitu sujud tilawah). Setelah itu, beliau bangkit lagi dari sujud kemudian berdiri dan membaca surat “Idzas samaa-un syaqqot” (Diriwayatkan oleh ‘Abdur Rozaq dan Ath Thohawiy dengan sanad yang sahih)
2. Jika ayat sajadah di ayat terakhir dari surah, maka cukup dengan rukuk dan itu sudah menggantikan sujud.
Ibnu Mas’ud pernah ditanyakan mengenai surah yang di akhirnya terdapat ayat sajadah, “Apakah ketika itu perlu sujud ataukah cukup dengan rukuk?” Ibnu Mas’ud mengatakan, “Jika antara kamu dan ayat sajadah hanya perlu rukuk, maka itu lebih mendekati.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih)
3. Jika ayat sajadah di ayat terakhir di suatu surah, ketika membaca ayat tersebut, lalu sujud tilawah, kemudian bertakbir dan berdiri kembali, lalu dilanjutkan dengan rukuk tanpa ada penambahan bacaan surah.
Dari tiga pilihan di atas, cara pertama adalah yang lebih utama. (Lihat Shahih Fiqih Sunnah, 453-454)
Bagaimana Jika Membaca Ayat Sajadah Di Atas Mimbar?
Jika ayat sajadah dibaca di atas mimbar, maka dianjurkan pula untuk melakukan sujud tilawah dan para jemaah juga dianjurkan untuk sujud. Namun apabila sujud itu ditinggalkan, maka ini juga tidak mengapa. Hal ini telah ada riwayatnya sebagaimana terdapat pada riwayat Ibnu Umar yang telah diberitahu tadi.
Di Mana Ayat Sajadah?
Ayat sajadah di dalam Al Qur’an terdapat pada 15 tempat. Sepuluh tempat disepakati. Empat tempat masih dipersilisihkan, namun terdapat hadith sahih yang menjelaskan hal ini. Satu tempat adalah berdasarkan hadith, namun tidak sampai pada Nabi s.a.w, akan tetapi sebahagian melakukan sujud tatkala bertemu dengan ayat tersebut. (Lihat pembahasan ini di Sahih Fiqih Sunnah, 1/454-458)
Sepuluh ayat yang disepakati sebagai ayat sajadah:
Surah Al A’raf ayat 206
Surah Ar Ro’du ayat 15
Surah An Nahl ayat 49-50
Surah Al Isra’ ayat 107-109
Surah Maryam ayat 58
Surah Al Hajj ayat 18
Surah Al Furqan ayat 60
Surah An Naml ayat 25-26
Surah As Sajdah ayat 15
Surah Fushilat ayat 38 (menurut jumhur ulama’), Surah Fushilat ayat 37 (menurut Malikiyah)
Empat ayat yang termasuk ayat sajadah namun diperselisihkan, akan tetapi ada dalil sahih yang menjelaskannya:
Surah Shaad ayat 24
Surah An Najm ayat 62 (ayat terakhir)
Surah Al Insyiqaq ayat 20-21
Surah Al ‘Alaq ayat 19 (ayat terakhir)
Satu ayat yang masih diperselisihkan dan tidak ada hadith marfu’ (hadith yang sampai pada Nabi) yang menjelaskannya, iaitu surat Al Hajj ayat 77. Banyak sahabat yang menganggap ayat ini sebagai ayat sajadah semacam Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Ibnu Mas’ud, Abu Musa, Abud Darda, dan ‘Ammar bin Yasar.
Ibnu Qudamah mengatakan,
لَمْ نَعْرِفْ لَهُمْ مُخَالِفًا فِي عَصْرِهِمْ ، فَيَكُونُ إجْمَاعًا
“Kami tidaklah mengetahui adanya perselisihan di masa sahabat mengenai ayat ini sebagai ayat sajadah. Maka ini menunjukkan bahawa para sahabat telah berijmak (bersepakat) dalam masalah ini.” (Al Mughni, 3/88)
Bacaan Ketika Sujud Tilawah

سجد وجهي للذي خلقه وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين
“Sajjada wajhialillazhi, kholaqohu,wshaqqossam’ahu, wabasthorohu bihaulihi fatabarokallahu ahsanul kholiqeen.”
Ertinya: “Aku bersujud dengan wajahku kepada Zat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatanNya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta.”
Jika tak dapat menghafal ayat ni, cukuplah sekadar kita baca: “Sajjada wajhialillah.” Jika tak dapat membacanya juga oleh kerana terlupa, maka cukuplah sekadar membaca tasbih seperti biasa ketika sujud.
Demikian pembahasan mengenai sujud tilawah. Semoga artikel ini dapat menjadi ilmu bermanfaat bagi kita sekalian.