Tuesday, December 27, 2011

Berkhatan Elak Kanser Serviks



Lelaki bukan Islam digalakkan untuk berkhatan bagi mengelakkan risiko pasangan mereka dijangkiti kanser serviks. Amalan itu terbukti berkesan melalui satu kajian terhadap lelaki Yahudi yang berkhatan.

Kajian tersebut mendapati pasangan lelaki Yahudi tidak dijangkiti kanser berkenaan. Selain aktiviti sosial, faktor lain yang menyumbang terhadap kanser tersebut ialah merokok dan jangkitan virus Human Papilloma (HPV)

Virus Human Papilloma (HPV)

Bagi mengelakkannya, pelalian HPV boleh dilakukan kepada lelaki terutama bagi yang terdedah dengan aktiviti seks seawal 15 tahun. Bagaimanapun, mereka disaran untuk berkhatan bukan sahaja mengelakkan jangkitan kanser serviks malah mengekalkan faktor kesihatan yang lain.

Kajian juga menunjukkan remaja berusia 10 hingga 15 tahun kurang terdedah kepada ancaman penyakit itu selain berada pada tahap imunisasi yang tinggi. Pada usia tersebut remaja perempuan masih lagi dianggap belum terdedah dengan hubungan seksual dan risiko jangkitan HPV.

Penyelidik dari Universiti Johns Hopkins juga membuat kajian dan mendapati pasangan lelaki berkhatan mempunyai kadar jangkitan human papillomavirus (HPV) 28 peratus lebih rendah daripada biasa.

Dalam laporan disiarkan di jurnal perubatan Lancet, seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Maria Wawer, berkata amalan berkhatan sepatutnya diterima umum sebagai langkah mengawal penyebaran HPV di kalangan wanita.

Dr Maria Wawer

“Bagaimanapun, ia hanyalah sebahagian daripada langkah perlindungan."

Mereka juga mengumpulkan maklumat mengenai hampir 1,000 wanita dijangkiti HPV yang dikenal pasti sebagai pasangan seks suami masing-masing.

Selepas dua tahun, hanya 27.8 peratus daripada pasangan lelaki berkhatan dijangkiti virus berkenaan berbanding 38.7 peratus di kalangan lelaki tidak berkhatan.

Jangkitan HPV dikenali sebagai punca utama seseorang wanita mendapat kanser serviks. Bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan masalah sama pada dubur, zakar, kepala dan leher.

Berkhatan Dalam Islam

Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.

Yahudi juga mengamalkan berkhatan

Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat.

Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin', kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.

Mencegah lebih diutamakan di dalam Islam berbanding merawat. Indahnya Islam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...