Abu Said al-Hasan bin Abil Hasan al-Bashri adalah nama lengkap beliau. Seorang zuhud yang sering risau akan segala perbuatannya di setiap nafasnya.
Wajahnya sering memendam airmata kerana ayat-ayat Cinta Sang Cinta yang senantiasa dibacanya hingga selalu tergetar hatinya di setiap langkahnya.
Suatu ketika Hasan al-Bashri lah.a berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang tertawa bahkan sesekali tawanya itu terbahak-bahak. Lalu ia bertanya kepada sang pemuda.
" Wahai pemuda, sudahkah engkau melalui shirath ? "
" Belum, " jawab pemuda itu
Hasan pun bertanya lagi, " Apakah kau tahu, termasuk golongan manakah engkau, apakah ahli syurga ataukah ahli neraka ? "
" Tidak. saya tidak tahu, " jawab sang pemuda.
" Lalu, Kenapa engkau tertawa sedemikian rupa ? " tanya Hasan al-Bashri lagi.
Pemuda itu pun terdiam, tak mampu berkata apa-apa, tersedar akan kekhilafannya dan, sejak saat itu ia tak mahu lagi mengumbar tawa.
Hasan al-Bashri lah.a pun berkata," Orang yang menyedari bahawa dia pasti akan menemui mati dan selalu ingat bahawa kiamat itu telah dijanjikan-Nya dan pasti ia hadapi serta dirinya pastilah diminta pertanggungjawabkan oleh-Nya akan segala yang ia lakukan di setiap nafasnya maka pastilah ia akan banyak sekali menangis dan lupa untuk tertawa. "