Thursday, March 17, 2011

Nikmat yang didustakan

 

image

Ia dikaitkan dengan kebebasan dan kemudahan untuk bergerak. Membawa empunya diri ke mana dan sejauh mana yang termampu olehnya. Destinasinya mengikut keinginan hati, menurut apa yang terdetik di sanubari. Jika dipandu dengan nafsu terarahlah ia ke tempat maksiat.

Dibimbing dengan ilmu dan akal melangkahlah ia ke taman ibadat. Itulah kaki, menjadi tiang pengampu badan. Nikmat besar anugerah Tuhan.

Tanpanya terasa sempit sungguh dunia. "Ah... Alangkah bagusnya kalau ada kaki...bebas ke sana..ke sini...ah, kalaulah.."
Begitu kata hati orang yang kecewa dengan Pencatur Alam. Namun begitu, tidak dinafikan ada segelintir yang berjiwa besar. Redha dengan apa yang dianugerahiNya. Kerana baginya disebalik setiap kejadian terselit hikmah yang hanya Allah mengetahuinya.
Malangnya bagi mereka yang sempurna anggota badan sekiranya tidak pernah menyoal diri, "Bagaimana kalau aku tidak mempunyai kaki..?" Lalu dibawa kaki berjalan mengikut kehendak hati. Maka beradalah ia di tempat-tempat yang sarat dengan kemungkaran.
Kaki-kaki menjadi saksi di banyak pusat hiburan. Menjadi saksi di taman-taman bunga, di situ bergelandangnya maksiat yang menjamin kemurkaan Allah. Bagi wanita pula, tumit yang lebih tinggi lagi bagus. Jalannya menarik perhatian insan-insan bernama lelaki. Lagi kuat berbunyi keletuk..keletak.. lagi baik.

Justeru itu wahai sahabat, bawalah kaki itu ke masjid-masjid. Seretlah ia untuk bersila di majlis-majlis agama. Berziarahlah ke rumah-rumah sahabat agar terjalin ukhwah islamiyyah. Kunjungi tempat sepi di mana perginya mereka yang telah pergi meninggalkan kesibukan dunia. Ziarahi mereka yang zahirnya tidak cukup sempurna. Singgahlah ke rumah orang yang telah dimamah usia walaupun hanya memberi salam dan bertanya khabar. Bawalah diri bertamu di rumah anak-anak kecil yang ditinggalkan, bekalkan sekelumit kasih sayang untuk mereka. Semoga dengan rahmat Allah lahir rasa keinsafan dan ketenangan.
Pergilah ke mana sahaja dan carilah iktibar bagi diri yang sering lalai dan lupa untuk bersyukur di atas anugerah Tuhan. Kerana di akhirat nanti akan ditanya "Ke mana kau bawa kakimu ke hari sekian..sekian.." Dan janganlah kesal, usahlah kaget jika tiba-tiba mulutmu bisu, lidahmu dipateri kaku, lalu kakimu menjadi saksi! Berkata-kata dengan fasih mengenai apa saja perlakuan diri.

Maka kasihilah kakimu kerana ia adalah sebahagian dari dirimu. maksud firman Allah di dalam surah Arrahman:   
"Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dioegang ubun-ubun dan kaki-kaki mereka. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan."

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...