Monday, March 7, 2011

Azab Allah bagi kaum homoseks

 

image

Perlu disebutkan di sini bahawa Al-Quran telah menerangkan seksa yang keras yang telah menimpa para pelaku keji ini. Hal ini dimaksudkan agar kita berhati-hati terhadap bahayanya dan berjaga-jaga terhadap kejahatannya.

image

Sodom adalah negeri pertama yang telah tersebar di dalamnya perbuatan keji ini. Al-Quran menerangkan azab yang telah menimpanya:"Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani meraka dengan batu dari tanah yang keras."

image

Dan Al-Quran memperingatkan kepada seluruh bangsa dari perbuatan yang hina agar meraka tidak menimpa kaum Luth dan azab yang menimpa mereka, dan Allah pun menambah firman-Nya:"Dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim". Maksudnya adalah bahawa seksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang melakukan perbuatan kaum Luth, bah seksaan akan terus menimpa orang yang melakukan perbuatan yang seumpama itu.

Amaran Allah ini terus berkumandang di setiap masa untuk memperingatkan umat-umat akibat kerosakan. Dan sesungguhnya apa yang menimpa sebahagian umat-umat dahulu, kesan-kesanny ayng mengerikan sentiasa masih melekat dalam ingatan, demikian pula sesunggguhnya apa yang menimpa mereka dari bencana-bencana alam dapat menjadi perumpamaan bagi orang-orang yang mahu mangambil pengajaran.

image

Homoseks dan hukumannya di dalam Islam, adalah bahawa Islam telah menekankan hukuman bagi orang yang melakukan perbuatan keji tersebut. Sebahagian ulama berpendapat orang yang berbuat homoseks itu dijatuhi hukuman rejam, sama ada dia beristeri mahupun tidak.Atas hal itu, Imam Syafie dan ahmad bin Hanbal serta kebanyakan para imam telah memberi nas, dan mereka memberikan dalil dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ahlus Sunnah dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang kamu dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah orang yang berbuat dan orang yang diperbuatnya".

image

Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa orang yang melakukan homoseks itu dilemparkan dari gunung yang tinggi, kemudian dihujani batu sebagaimana telah dilakukan terhadap kaum Luth, kerana firman Allah Taala:"Dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim".

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...