Tuesday, April 12, 2011

Syarat penjualan arak di Malaysia yg dilupakan

 

image

Antara syarat-syarat penjualan arak yang ditetapkan oleh kerajaan melalui lesen Eksais/Bia ialah MENYEDIAKAN PAPAN TANDA YANG SERAGAM DAN PAPAN TANDA LARANGAN “ARAK ADALAH HARAM BAGI ORANG ISLAM”.

Adakah kita dapati papantanda tersebut terpampang di Pasaraya Giant, 7-11 serta mana-mana pasaraya yang giat mempromosikan jualan arak sempena Hari Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina ?

Kebebasan agama ialah bukan Islam bebas makan dan minum apa yang mereka mahu, tetapi sensitiviti umat Islam hendaklah dijaga.

Atau mungkin umat Islam di Malaysia sudah tidak sensitif lagi atau jahil mengenai perundangan sivil yang sedia ada ?

Lesen Eksais/Bia ialah lesen penjualan Minuman Keras atau Liquor sama ada sebagai Pemborong, Peruncit, Pengedar ataupun terlibat secara jualan terus mengikut Akta Kastam Diraja.

Jenis-Jenis Lesen Eksais/Bia :
(i) Jualan Runcit - jualan sahaja dan tidak dibenarkan minum di premis
(ii) Rumah Awam Kelas I menjual minuman keras secara runcit
(iii) Rumah Awam Kelas II tidak termasuk todi.
(iv) Rumah Awam Kelas III Jual dan minum di premis sahaja
(v) Pemborong - jualan sahaja dan tidak dibenarkan minum di premis setiap pemegang lesen hendaklah mempamerkan :
a. Lagenda - nama premis
b. Menyimpan buku-buku rekod pembelian minuman dan penjualannya.
c . Pemegang lesen hendaklah membenarkan
Pegawai Kastam/Ahli-ahli Lembaga masuk ke premis untuk mengadakan pemeriksaan pada bila-bila masa.

Pihak Yang Mengeluarkan Lesen Eksais/Bia ialah Pihak Berkuasa Tempatan seperti , Pejabat Daerah dan Tanah , adalah dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan dan mengeluarkan Lesen Eksais kepada mereka-mereka yang telah diluluskan permohonan oleh

Ahli Lembaga Pelesenan Bia terdiri daripada :
Pegawai Daerah -Pengerusi Sekurang-kurangnya 4 ahli yang dilantik -bukan kakitangan Kerajaan

Kesemua ahli-ahli Lembaga yang dipilih tidak boleh terlibat dengan kegiatan penjualan Liqour dan perlantikan mereka adalah diatas kelulusan MMK dan diwartakan bagi menjalani tempoh perkhidmatan selama dua (2) tahun. Mana-mana ahli Lembaga yang tidak hadir ke Mesyuarat sebayak dua (2) kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah boleh dilucutkan jawatannya sebagai ahli Lembaga berkenaan.

Selain daripada ahli-ahli yang dilantik, lain-lain pegawai atau wakil dari agensi kerajaan adalah terdiri daripada :
a Pegawai Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Majlis
Daerah
b Pegawai Polis Diraja Malaysia
c Pegawai Kesihatan Daerah
d Pihak Berkuasa Majlis Daerah

Syarat-syarat untuk Memohon Lesen Eksais ?

1. Menjaga kebersihan premis dan store dalam keadaan bersih dan memuaskan, tidak sempit, gelap, dan sesak.

2. Menyediakan papan tanda yang seragam dan papan tanda larangan "Arak adalah Haram bagi Orang Islam"
3. Mengasingkan arak (Bia) daripada barang-barang makanan lain.
4. Mengikut peraturan-peraturan Eksais (Penjualan
Liqour yang memabukkan) tahun 1977.

A. Masa Perniagaan (Peraturan 5,6 dan 12)
i. Lesen Borong : 7.00 pagi - 9.00 malam
ii. Lesen Runcit : 7.00 pagi - 9.00 malam
iii. Lesen Rumah Awam :
Kelas I : 10.00 pagi - 12.00 malam
Kelas II : 10.00 pagi - 10.00 malam
Kelas III : 10.00 pagi - 9.00 malam

B. Peraturan 7A -Liqour tidak boleh dijual kepada
orang yang berumur di bawah 18 tahun.

C. Peraturan 8, 17 -Hendaklah menyimpan Buku Rekod dan Akaun

D. Peraturan 14 -Kedai hendaklah sentiasa bersih dan mempunyai tandas lelaki dan perempuan.

Lanjutan Sementara Waktu-waktu buka :-
Rumah Awam RM 30.00 tiap-tiap jam atau sebahagian jam Rumah Bir RM 15.00 tiap-tiap jam atau sebahagian jam

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...