Thursday, April 21, 2011

Islam larang bunuh diri

 

image

BERKATA Jundub bin Abdullah .a.bahawasnya Nabi s.a.w. telah bersabda:Allah telah berfirman:"Sekali peristiwa pada zaman sebelum kamu,ada seorang yang dilukai lalu mengeluh,kemudian dia mengambil sebilah pisau dan ditusukkannya ke sendi tangannya,maka mengalirlah darah hingga dia pun mati.

Berkata Allah s.w.t.:"Hambaku itu telah mendahului dengan jiwanya,maka aku telah mengharamkannya masuk syurga."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

HURAIANNYA:
Islam melarang kita membunuh diri,atau membuat sesuatu untuk mencabut nyawa sendiri,kerana sesuatu musibah yang ditakdirkan Tuhan keatasnya,sama ada di sebabkan luka dari pertempuran,atau sebab-sebab keduniaan yang lain.

Orang yang membunuh dirinya sendiri adalah orang yang tidak sabar menanggung ujian Allah s.w.t. lalu telah mengambil jalan pendek untuk menghabiskan nyawanya,ingatnya dengan itu sudah selesai perkaranya.

Dia tidak tahu dengan melakukan yang demikian,ia telah menimbulkan suatu muskilah yang berat antaranya dengan Allah s.w.t. Tuhan penciptaanya sendiri.

Apabila kembali kepada Tuhan dengan keputusan untuk membunuh diri,dia akan mendapati Tuhan murka dan sangat marah kepadanya.

Seolah-olah dia telah menentang Tuhan dan menyangkal ketentuannya. Sebab itulah,dia nanti akan dilarang untuk menduduki syurga. Kalau begitu matinya samalah dengan mati orang-orang kafir dan musyrik itu.

Membunuh diri itu juga adalah satu jalan yang dipelopori syaitan,kerana apabila didapatinya orang yang sudah berputus asa,sama ada kerana luka atau sakit yang ditanggungnya,ataupun orang yang berduka cita kerana sesuatu urusan keduniaan yang telah memagut pangkal hatinya,digambarkan syaitan kepadanya sebagai jalan keluar dengan menghabisi diri sendiri. Manusia yang sedang kusut dan tidak seimbang fikirannya mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan ini.

Wallahualam.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...