Wednesday, April 27, 2011

Alam Perkahwinan

 

image

Sifat malu seorang isteri boleh dibina,dan dalam pembinaan ini,suami memainkan peranan yang besar dalam mendidik isteri dengan akhlak yang baik.Justeru,suami perlulah mempunyai sikap suka untuk membimbing dan mengajak ke arah kebaikan,"

Teguran Rasulullah Terhadap Saidatina Zainab ummahatil mukminin.. Diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah suatu masa menegur Saidatina Zainab ra, "Alangkah indahnya kalau engkau Zainab mengekalkan suaramu seperti ketika bercakap dalam keadaan biasa."

Ini menunjukkan bagaimana peranan seorang suami dalam mendidik isterinya mengekalkan sifat malu.Baginda mengambil pendekatan tunjuk ajar atau nasihat serta bimbingan.

Dalam konteks hari ini,apabila wujud situasi isteri tidak menghormati suami,sepatutnya suami lebih tegas untuk memperbetulkan akhlak isteri.
Selain itu,dalam usaha mengekalkan sifat malu,iman dan ilmu hendaklah menjadi asasnya. Beliau merujuk firman Allah yang bermaksud:
"Dan suruhlah wanita-wanita beriman menundukkan sebahagian dari pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka melainkan apa yang zahir daripadanya;dan hendaklah mereka menutup dada-dada mereka dengan tudung-tudung mereka?" (An-Nur: 31)

Menurut beliau,pemupukan sifat malu pada dasarnya bermula daripada rumah tangga.
"Terdapat tiga perkara pada seadil-adil wanita iaitu bercakap dengan nada yang rendah pada suami,memuliakan ibu dan bapa dengan izin suami,dan banyak beramal bagi mendapatkan pahala dari Allah."

Seorang wanita tidak akan terhina apabila berlemah lembut.
"Tingkah laku seorang wanita terbahagi kepada cara bertutur,cara berpakaian,dan cara bermuamalah,iaitu perhubungan dengan orang lain. Seorang isteri mesti ada rasa malu dalam ketiga-tiga tingkah laku tadi."

Memelihara Aib Suami

Beliau berkata,seorang isteri dikira tidak ada sifat malu jika dia suka menceritakan aib suami atau aib rumah tangga sendiri kepada orang lain.
"Seorang isteri yang tidak malu terhadap suami telah berlaku `dayus' terhadap suami, dalam maksud bahawa dia telah meletakkan suami pada tahap yang paling rendah sedangkan dalam Islam,suami mempunyai kedudukan yang tinggi," .
Pernah diceritakan pada zaman Saiyidina Umar al-Khattab .a., seorang suami datang kepada Saiyidina Umar dan menceritakan yang isterinya banyak sangat bercakap tentang keburukan dirinya sebagai seorang suami,yang menyebabkan dia rasa rendah diri dan terhina.

"Maka Umar mengatakan bahawa lidah isterinya akan dipancung api neraka. `Isteri kamu telah meletakkan lidahnya untuk diselar oleh api neraka.' Maka si suami terkejut dan berkata, `Ya Umar,takkan isteriku akan diseksa sebegini rupa?' Lalu Umar menjawab, `Sesungguhnya peristiwa dia mendedahkan keaiban kamu itu lebih aib daripada apa yang akan diterima.' Maknanya, kalau dia terima seksa itu belum cukup lagi kerana dia telah mengaibkan suaminya,"

Dalam kehidupan berumah tangga,seorang isteri memang perlu mempunyai adab-adab, sebab itu dalam Islam isteri tidak boleh bercakap tinggi, bercakap kasar dengan suami, menengking dan sebagainya.

Malah,seorang isteri sewajarnya malu untuk memakai pakaian yang tidak menggembirakan hati suami.
Beliau memetik pandangan Syeikh Abdullah Nasih Al Alwan dalam kitabnya bahawa seorang isteri mesti mentaati suami jika si suami memintanya menutup aurat kerana logiknya,si suami berkewajipan menyempurnakan tugasnya dalam memberi makan, minum,tempat tinggal yang selesa,dan pakaian. "Apabila suami menyuruh isteri memakai pakaian yang lengkap,maka jika tidak diikut,si isteri itu adalah wanita yang tidak mempunyai rasa malu.Ini di antara kesalahan dalam agama yang dianggap berdosa kepada Allah dan suami."
"You" dan "I" Saja?
Beliau menambah bahawa panggilan isteri terhadap suami juga mencerminkan sifat malu isteri.

"Dalam Islam,Nabi mengajar kita menggunakan panggilan yang menyeronokkan kepada orang yang kita sayangi.
Rasulullah s.a.w. sendiri memanggil isterinya Aisyah dengan nama `Ya Humairah' atau `Ya Anisah' yang bermaksud si gadis sunti.
Hari ini kita menyaksikan suatu fenomena yang kurang menyeronokkan di mana isteri lebih gemar memanggil suaminya dengan panggilan `awak' atau namanya sahaja."

Bagi beliau, isteri yang memanggil suami dengan nama ataupun menggunakan "I" dan "you" apabila bercakap adalah isteri yang tidak mempunyai perasaan malu.
Malu seorang isteri sebenarnya mula dibina sejak awal pertunangan."Dalam Islam sendiri,urusan peminangan tidak boleh dibuat secara langsung kepada si gadis. Peminangan mungkin melalui bapa,ibu,atau waris gadis tersebut.Itu adatnya.
Seorang gadis pula tidak boleh berkata secara terang-terang bahawa dia bersetuju untuk berkahwin. Gadis itu akan berdiam diri. Dari sinilah dikatakan `malu itu tandanya setuju'."
Beliau menambah, wanita memang secara semula jadi mempunyai sifat malu. "Sifat malu ini sememangnya wujud sejak awal penciptaan manusia,iaitu sewaktu Hawa diciptakan dari rusuk kiri Nabi Adam.
Walaupun Hawa tahu bahawa dia diciptakan untuk Nabi Adam,namun kerana perasaan malu,beliau tidak terus meluru kepada Nabi Adam,sehinggalah Allah menyeru untuk berbuat demikian."
Wallahu A'lam...

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...