Thursday, April 28, 2011

Berlapang dada dalam berdakwah

 

image

Kalamullah
Ia memasamkan muka dan perpaling, kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya wahai Muhammad?) Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu). Ataupun ia mahu mendapat peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (`Abasa : 1 - 4)

Huraian:
Satu teguran membina kepada Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan layanan yang sewajarnya terhadap orang yang sedia menerima ajaran Allah s.w.t. dengan hati yang ikhlas dan terbuka.

Peristiwa berlaku ketika Rasulullah sedang berdakwah di kalangan pembesar kafir Quraisy, lalu baginda didatangi oleh sahabat yang bernama Abdullah Ibn Ummi Maktum yang memohon diajarkan ilmu agama.

Oleh kerana ketika itu Baginda dikelilingi para pembesar Quraisy, baginda tidak melayani permintaan Abdullah.

Baginda hanya bercakap dengan beberapa orang ketua kaum Musyrikin Mekah dan menyeru mereka agar memeluk Islam.

Apabila mereka memeluk Islam sudah tentu pengikut mereka yang ramai akan turut serta bersama ketua mereka.

Allah s.w.t. menegur baginda kerana mengetahui ketua-ketua kaum Mu-

syrikin itu tidak akan memeluk Islam.

Baginda hendaklah memberi layanan yang sebaiknya kepada orang yang sedia menerima petunjuk, sekalipun ia seorang miskin dan tidak mempunyai sebarang pengaruh.

Kesimpulan:
Manusia yang memperoleh hidayat Allah s.w.t. atas kesedaran dan keinsafan akan sentiasa mencari Nur Ilahi, kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.

Justeru, kita hendaklah membantu dengan penuh rasa ikhlas tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sumber: Utusan Online (06/08/04)

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...