Thursday, April 21, 2011

Bersifat DIAM dan MERENDAH DIRI

 

 

image

Sememangnya tiap-tiap jiwa Muslim akan diuji oleh Allah. Manusia yang bernama "pendakwah" tidak terlepas dari tajuk ini. Ujian yang mendatang boleh membawa seseorang itu hingga ke peringkat riak, u'jub atau bangga diri. Islam meggalakkan umatnya agar bersikap DIAM dan RENDAH DIRI. Kali ini saya akan cuba ceritakan perihal DIAM dan RENDAH DIRI. (Semua umat Islam adalah pendakwah! )

1) DIAM -Mengapa kita digalakkan diam?
Diam menyimpan 1001 rahsia yang tidak diketahui orang. sama ada seseorang itu cerdik, bodoh berilmu atau tidak berilmu tidak dapat dikesan jika seseorang itu diam kecuali bila dia bercakap. Oleh itu banyak bercakap akan dinilai segala-galanyanya yang keluar dari lisan. Untuk mengelakkan dari segala yang tidak diingini (BERUNSUR MAKSIAT), lebih baik kita diam. Kalau tidak ada perkara yang mendatangkan kebajikan dan dapat pahala, maka eloklah didiamkan suara anda seketika. Cuma 1 peringatan dari saya untuk diri sendiri dan anda semua.

Ada manusia yang ingin mendiamkan diri. Ingin menjaga lidahnya. Tetapi.. sekali dia bersuara kata-katanyanya memedihkan telinga dan menyebabkan manusia lari darinya .Ini cukup bahaya. Niat hati mahu bercakap sebaik mungkin tapi tidak pandai memilih ungkapan terbaik dan manis dan akhirnya mengeruhkan keadaan.

Pernah kita jumpa di dalam masyarakat kita berlaku perselisihan antara dua pihak dan akhirnya masing-masing tidak bertegur sapa antara satu sama lain. Iaitulah kes yang berpunca dari LIDAH. Yang membahayakan keadaan ialah , tidak ada jalan penyelesaian (berdamai) hinggalah mereka yang terbabit itu meninggal dunia. Bagaimana 'dosa ' antara sesama manusia? Kalaulah diselesaikan waktu di dunia lagi dah tentu di akhirat esok senanglah sikit. Tapi ini tidak, masing-masing rasa kebenaran berada di sebelah pihak masing-masing. Ini lah salah satu sikap orang Islam yang negatif ! Sukar untuk memaafkan pihak lain dan sukar untuk pergi memohon maaf dari yang terbabit. Kita digalakkan bersikap pemaaf. Tentu ramai yang suka bersahabat dengan kita pabila kita bersikap PEMAAF.

Kalau kita nak diam kerana mahu jaga lidah, sila pastikan bahawa selepas itu (bila mula nak bercakap)lidah kita bercakap hanya dalam perkara yang diredhai Allah dan menyukakan hati manusia. Biarlah apa yang keluar dari mulut kita adalah yang membuahkan ibadah. Lihatlah Baginda s.a.w. yang dinamakan 'Kekasih Allah'! Kalam yang keluar dari Baginda adalah ibadah. Tiada unsur-unsur maksiat. Penuh berisi amal kebajikan untuk diri Baginda dan menjadi contoh buat umatnya semenjak zaman baginda hinggalah datang Hari Qiamat. Oleh itu untuk mendapatkan status para umat Nabi Muhammad s.a.w. yang dikasihi Allah maka salah satunya menjaga LIDAH. Kalau gigi diberus tiap waktu demi menjaga kesihatan dan kecantikannya , maka begitulah jua LIDAH.

Lidah perlu diberus dengan 2 perkara iaitu Zikir kepada Allah dan Selawat ke atas Rasullallah s.a.w. Sekurang-kurangnya 2 perkara itu tadi sudah cukup untuk mem'berus' lidah anda yang cukup liar untuk dijinakkan!!!!! Kalau boleh tiap-tiap hari kita laksanakan 2 perkara ini. Insya Allah, anda akan terasa sesuatu perubahan kelak. Selawat dah diketahui lafaznya. Cuma bagi Zikr kepada Allah ini luas skopnya. Ikut maknanya ialah 'mengingati Allah'. Salah satu bukti kita ingat Allah ialah bersyukur kepadanya. Selepas solat dan pada bila-bila masa anda boleh bertasbih (berkata:Subhanallah), bertahmid(Alhamdulillah), bertakbir(Allahuakbar)dan bertahlil (lah ilaa ha illa Allah). Ini contoh-contoh lafaz yang sudah maklum dalam masyarakat bahawa ianya adalah zikrullah.

Bagi golongan terpelajar, di sana banyak lagi cara-cara mahu buktikan kita "Mengingati Allah" boleh dilakukan. Cukuplah apa yang saya sebutkan seperti di atas sebagai gambaran ringkas.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...