Tuesday, April 26, 2011

Peribadi sahabat

 

siapakah yang layak bergelar sahabat?adakah anda mempunyai sahabat-sahabat yang menepati ciri-ciri sahabat yang dituntut ddalam ilsam?renung dan fikirkanlah

JENIS YANG BAIK HATI

v Penampilan saabat seorang yang ceria dan periang .Dia bukan sahaja suka mendengar masalah anda tetapi dia juga besedia untuk cuba untuk selesaikannya.

v Cara dia mengambil berat tentang diri anda memang ketara.Caranya yang ramah dan pandai menghiburkan hati.Ketika anda memerlukannya dia sudi mendengar keluh kesah anda.
v Tetapi anda harus ingat bahawa segala manis budinya dan timbang rasanya terhadap anda ,jangan anda biarkan begitu sahaja.
v Dia juga berharap agar anda akan dapat memahami dirinya sebagaimana dia dapat memahami diri anda .Jika dia menghadapi masalah cepat-cepatlah membantunya sebagaimana dia membantu anda .
v Di sebalik dirinya yang periang ,sebenarnya dia kesepian.Dia juga ingin ditemani dan dilindungi selalu.Jika anda tidak memahami keperluannya dia mungkin menjauhkan diri daripada anda.

JENIS YANG BERGAYA DAN CANTIK.

v Dia sentiasa kelihatan cantik dan bergaya.Dia sentiasa mempamirkannya.Dia membuatkan suasana menjadi gembira .Tanpa kehadirannya terasa seperti ada kekurangan kerana dia sentiasa mendapat perhatian dalam sesuatu majlis.
v Anda jangan terlalu mengharap sangat kepada teman jenis ini kerana perasaan simpatinya pada anda terlalu nipis.
v Dia bukanlah orang yang harus anda pilih untuk meluahkan masalah dan perasaan anda kerana dia akan mula menjauhkan dirinya jika anda mula meminta pendapat dan pandangannya .
v Penampilannya hanyalah sekadar untuk melindungi kecacatan yang ada pada dirinya kerana dia mungkin mempunyai masalah yang lebih besar daripada anda.

JENIS PENAMPILAN YANG SEDERHANA.

v Kita tidak terlalu berat akan kehadirannya .dia tidak terlalu menaruh perhatian dengan apa yang kita bincangkan.Tetapi dia seorang pendengar yang baik jika kita pandai mengajaknya berbincang atau untuk mendengar cerita.
v Dia seorang pendiam.dan tidak begitu menonjolkan diri.Mereka mempunyai kelebihan tertentu.
v Walaupun dia mempunyai sifat prihatin tetapi dia bukanlah seorang yang mudah dicucuk hidungnya kerana dia seorang yang berhati –hati dalam semua hal.

JENIS YANG BANYAK CAKAP.

v Mempunyai peribadi yang berubah-ubah.Dia akan tidak henti-henti bergurau dan berbual jika dia dalam keadaan riang dan gembira .
v Kata-katanya begitu tajam sehingga buatkan kita tersentak.
v Jika dia dikritik ,dia akan cepat marah.Kemarahannya mudah reda dengan cepat.
v Sahabat ini memang sesuai dihubungi jika anda kesepian tetapi untuk dia terus mengisi kesepian anda amat mengecewakan kerana dia cepat bosan dengan keadaan yang tidak berubah..
v Kritikannya amat pedas tetapi kritikan itu amat membina anda .Oleh itu jangan mudah ambil hati dengan kritikannya itu jika anda ingin bersahabat lama dengannya .

JENIS YANG TERLALU RAMAH.

v Dia memang mudah untuk mendapat sahabat kerana keramahannya dan kesetiannya tetapi sukar untuk mendapat teman karib kerana bagi mereka sahabat yang sejati adalah sahabat yang boleh menjadi penghibur ketika senang dan susah

JENIS PERIBADI YANG SEJUK.

v Dia seorang yang pemalu dan dingin.Suaranya memang sukar untuk didengar.
v Dikalangan teman –teman ,dia adalah pendengar yang setia ,dan tidak banyak berbicara.
v Mempunyai idea yang kreatif,mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan sesekali mengeluarkan pendapat ,ia merupakan pendapat yang begitu tajam dan bernas.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...