Berkenaan kumpulan-kumpulan nasyid dan penyanyi-penyanyi yang menggunakan bidang seni suara sebagai instrumen untuk berdakwah. Mereka menyebarkan kebenaran, menyebut nama-nama AlLah, memuji-muji baginda RasululLah serta melagukan ayat-ayat suci al-Quran. Sesetengah daripada mereka bernaung dalam pelbagai syarikat rakaman yang besar-besar yang bertanggungjawab menerbitkan atau mengedarkan album-album mereka. Jarang sekali terjumpakan kumpulan-kumpulan ini bergerak dalam menerbit dan mengedarkan album mereka secara sendiri.
Bukan apa, yang menjadi perkara untuk difikirkan dan insyaAlLah mungkin juga untuk para pembaca fikirkan bersama ialah bagaimana syarikat rakaman yang berpengkalan di luar negara dan berbosskan orang yang menolak perjuangan Islam secara terang-terangan boleh menjadi penaung kepada kumpulan-kumpulan nasyid serta penyanyi-penyanyi lagu-lagu dakwah ini.. Sesetengah daripada syarikat rakaman dan pengedar tersebut merupakan syarikat individu Yahudi dan menyertai sistem ekonomi kapitalis penindas yang jelas bertentangan dengan Islam. Matlamat tak menghalalkan cara..
Sesekali jika direnungi nasib saudara-saudara kita di serata dunia yang mengalami penuh kesengsaraan menghadapi musuh-musuh Islam. Berjuang dan mencari jalan untuk bernafas dan hidup selamat di muka bumi AlLah ini. Paling kurang untuk keselesaan beribadah.. Hasil jualan produk-produk suci ini telah menghasilkan keuntungan yang seterusnya digunakan oleh syarikat-syarikat besar ini melabur dalam pelbagai sektor haram dan usaha jahat menentang Islam.
Sebagaimana pernah difatwakan oleh Dr. Yusuf Qardhawi.. " 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine." Salah satu bentuk sokongan padu bagi perjuangan Palestine, menurutnya ialah dengan melakukan embargo (boikot) total terhadap semua produk Israel dan AS. menurutnya.."Saya terkejut ketika ada sebahagian umat Islam mengatakan tidak mungkin hidup tanpa Pepsi, Coca Cola, Pizza Hut, atau peralatan moden produk Amerika." Hal pemboikotan itu menurut Qardhawi berpijak dari kenyataan bantuan kewangan yang luar biasa oleh AS kepada negara Zionis Israel.
Sebagai alternatifnya, adalah lebih baik jika semua kumpulan-kumpulan nasyid dan penyanyi lagu-lagu dakwah ini berhimpun berkumpul dalam satu syarikat rakaman sendiri yang menerbitkan hasil karya sendiri dan mengedarkannya juga secara sendiri. Seperti yang dilakukan oleh pengikut-pengikut muzik underground (yang selepas ini akan ditulis dengan singkatan u/g), yang dapat aku tengok di Malaysia dan di seluruh dunia.
Pengikut-pengikut muzik u/g adalah mereka yang berpegang kuat pada semangat DIY (do it yourself / independent). Mereka mampu buat, walaupun tak berjaya jadi jutawan atau jadi orang kaya baru tapi still diorang dapat sebarkan mesej yang hendak mereka sampaikan. Semangat independen atau DIY ini lahir akibat daripada cekik darah dan eksploitasi golongan kapitalis syarikat rakaman besar yang mengeksploitasi mereka dan hasil karya mereka. Mereka lebih ikhlas berkarya, kerana mereka tidak mengharapkan keuntungan di sebalik karya mereka.
Penglibatan mereka dalam arena u/g bukannya untuk keuntungan tapi disebabkan sifat kemanusiaan yang bencikan tipu daya kapitalis penindas serta menolak sistem politik kekuasaan sekarang. Mereka juga antikan pop culture dan komersialisme. Jadi berbalik kepada kumpulan-kumpulan nasyid tadi, pasti tujuan mereka satu: untuk berdakwah, jadi kenapa perlu bergelumang dengan alam kapitalis yang nyata berkiblatkan keuntungan semata?
Sanggupkah kita biarkan ayat zikr, puji-pujian ke atas Muhammad SAW serta ayat suci yang lain dieksploit demi keuntungan kapitalis-kapitalis perut buncit ini. Seperti yang difirmankan AlLah yang maksudnya kurang lebih: jangan gunakan ayat al-Quran atau ayat suci demi untuk mendapat keuntungan atau mengumpul harta kekayaan. Jadi kenapa terus berada di bawah mereka yang menggunakan ayat-ayat suci untuk keuntungan dan kekayaan. Tujuan kapitalis sekularisme cuma satu: keuntungan wang dan material.
Minor Threat contohnya, sebuah kumpulan muzik underground yang berjaya tanpa bantuan kapitalis. Mereka mengendalikan sebuah syarikat rakaman yang menerbit dan mengeluarkan album lebih kurang 40 buah grup rock dan penyanyi solo. Perjuangan kumpulan-kumpulan nasyid tersebut dengan kumpulan-kumpulan muzik underground adalah sama, tapi mungkin dari segi motif ade sedikit lain. Namun begitu, cara yang dibawa oleh pemuzik-pemuzik u/g adalah lebih baik berbanding dengan kumpulan� nasyid di Malaysia ini, sekarang.
THe Bollocks contohnya di Malaysia, berjaya mengedarkan hasil karya mereka tanpa bantuan kapitalis dengan jumlah yang menggalakkan. Mereka tak sukakan kapitalis dan menganggap kapitalis bertentangan dengan sifat kemanusiaan serta bertentangan dengan pegangan mereka, jadi mereka tentang, tapi bukan dengan cara kapitalis! Mereka tentang dari luar! Macam orang selalu cakap: "nak cuci tong taik tak boleh dari dalam, nanti taik terpalit ke badan." Kapitalis ibarat tong taik.. jadi???
Memang arena muzik bawah tanah banyak keburukannya, tapi masih mereka tahu apa eri perjuangan mereka dan tujuan mereka. Serta mereka masih berpegang teguh pada pegangan mereka.
EMI, BMG, Sony Music Corporation, Universal Music, Warner Music dll adalah MNC (MultiNationalCorporation) yang jelas kapitalisnya serta dipayungi oleh individu� Yahudi Zionisme...