Wednesday, December 29, 2010

Rahsia Kandungan Suratul Ikhlas

 

bismillahirrahmanirrahim

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Pengasihani

bermulanya kewujudan atau aktiviti adalah dengan kuasa Allah jua yang memulakannya. Allah wujud dan makhluk pula diwujudkan daripada kehendakNya dan akan kembali kepadaNya jua.

sunnatullah suatu sisitem berdasarkan sabab dan musabbab dijadikan dalam proses penciptaan dan pengembalian makhluk kepadanya yang pemurah menganugerahkan sekelian banyak nikmat dalam memberi keselesaan pengabdian makhluk kepadanya dan penuh kasih sayang menjana aktiviti jagat raya bagi ketenteraman aktiviti sekelian makhluk ciptaannya dalam mempamerkan pengabdian terhadapnya.

qul huallahu ahad

katakanlah Allah (hanya) satu

perintah pengakuan individu mengakui keesaan allah sekaligus perintah seruan menyampaikan ajaran tauhid ke seluruh kelompok umat.

ianya bermaksud pemusatan keimanan makhluk mukallaf kepada pusat kekuasaan jagat raya iaitu sehingga mencapai makrifat ke hadrat ilahi

.

Allahus somad

Allah tempat bergantung (rujukkan)

isyarat jelas betapa setiap aktiviti mesti berpandukan sistem yang ditetapkannya melalui addin iaitu sistem kehidupan berpandukan alquran dan sunnah dan sebarang kemusykilan dalam menjalani aktiviti hidup ini mestilah merujuk kepada kalamnya dan penerangan melalui sunnah rasulnya. sebarang harapan harus berpusat kepada nya dan tidak selainnya kerana hanya Dialah saja satu-satunya sumber pengharapan bagi penyelesaian sebarang permasalahan .

lam yalid wa lam yulad

tidak (selamanya takkan) beranak (terbahagi) dan tidak (selamanya takkan) diperanakkan

(terpisah)

mengisyaratkan kewujudanNya sejak mula tanpa ada sebarang proses kejadian bermaksud ianya tidak terpisah dari sesuatu yang lain sejak azali serta menunjukkan tidak ada sebarang proses pembahagian dari kewujudanNya atau pengklonan yang tak akan berlaku dan selamanya ia tetap wujud dari azali tanpa terpisah dari sesuatu atau membahagi kepada sesuatu yang lain sejak azali dan iaNya kekal satu selamanya.

wa lam yakul lahu kufuan ahad

dan tidak (selamanya takkan) terjadi baginya persamaan (dari segi) keesaan

pernyataan jelas tidak akan ada sebarang makhluk yang dapat menyamai keesaan Allah yang kewujudanNya bukan dari suatu proses dan tidak wujud pula sebarang pengklonan dariNya.

Dia tetap esa selamanya tanpa menyerupai sebarang objek dari segala segi.

reakreasi minda melalui fakta sains

AGAMA TANPA SAINS ADALAH CACAT

SAINS TANPA AGAMA ADALAH BUTA

INI KERANA AGAMA MERUPAKAN SISITEM KEHIDUPAN YANG MELENGKAPI SEGALA BIDANG ILMU .

SAINS PULA MEMERLUKAN SULUHAN AGAMA BAGI MENGETAHUI ARAH TUJU KAJIAN dan dalam islam pengakhirannya hanyalah kepada kebesaran Alah Yang Maha Esa.

fakta sains

tidak ada suatu makhluk pun yang dalam kajian sains memperlihatkan sifat tunggal dari seluas objek di seluruh semesta raya sehinggalah kepada partikel yang merupakan sub atom iaitu quark yang lebih kecil dari sub atom elektron.

objek gergasi.

objek besar seperti galaksi adalah gabungan berbilion bintang dan lain-lain objek angkasa raya. ianya membatalkan sifat tunggal atau esa makhluk gergasi ini. bahkan ada berbilion galaksi yang seumpamanya di seluruh jagat raya.

pergantungan tinggi pada gumpalan objek raksasa ini tidak akan bertahan lama kerana mengikut proses ianya kan musnah jua seterusnya mewujudkan kejadian atau fenomena baru di lautan angkasa yang luas.

ini membatalkan pergantungan selamanya segala sesuatu terhadap benda yang akan musnah apatah lagi makhluk mukallaf.

wujud dari permulaan proses paduan dan pemisahan gas-gas di jagat raya antara berbilion tahun mengikut jangkaan kiraan hari di bumi serta membatalkan sifat esa atau tunggal tanpa bermula dari suatu pemisahan

membahagi kepada beberapa proses yang membentuk objek baru dalam kepelbagaian dan memulakan kewujudan baru yang seumpanya dan persamaan bahan kandungan dalam pelbagai kuantiti .

semuanya ini membuktikan tiada sebarang persamaan dengan allah yang maha esa yang wujud sejak mula tanpa sebarang proses pemisahan dan pembahagian..

objek kecil

micro organisma terkecil adalah dalam bentuk unisel atau satu sel.

sungguhpun demikian sebagaimana objek gergasi angkasa raya tadi ianya tidak satu bahkan ada banyak lagi makhluk seumpanya bahkan berbilion yang seumpamanya.

makhluk kecil adakalanya merbahaya kerana menyebabkan penyakit tetapi ia tidak berkuasa ke atas makhluk mukallaf yang diberi akal mencegahnya.ianya jelas bukan tempat kita bermohon harap kerana kita mampu mengatasi permasalahan yang dibawanya.

makhluk ini walaupun ujud dalam unisel ianya asal mulanya dari pemisahan sel terdahulu dan ia terus membiak dengan membahagi dirinya sendiri (klon) .

semua ini jelas tiada persamaan dengan keesaan allah yang ujud sejak azali tanpa ada persamaan dengan mana-mana makhluk nya.

meneliti dunia atom

atom adalah elemen terkecil asas pembentukkan pelbagai objek dari yang solid , cecair ,gas dan gelombang cahaya yang ternyata mengandungi isipadu . fakta fizik mendedahkan tebaga mengandungi isipadu atau "berat".

unsur paling ringkas adalah hydrogen namun ianya terbentuk dengan pasangan bukan sendirian bagi sturktur hydrogen paling ringkas dan paling asal mengandungi dua atom hydrogen.

setiap atom hydrogen pula mengandungi satu proton dan satu elektron dan dianggap unsur asas dunia ini berdasarkan keringkasan yang wujud padanya.

ianya tidak bersendirian paling kurang dua atom membentuk satu unsur hydrogen.

walaupun ianya merupakan unsur paling besar diseluruh jagat raya sekitar 90% menjadi penstabil semesta dan wujud dalam ranking ketiga unsur terbanyak di planet bumi namun ianya tak semestinya tempat bergantung walaupun pada dasarnya hydrogen unsur terpenting air sumber kehidupan.kerana ianya ujud adalah berdasarkan kehendak sistem alam.ia bertempat di mana ia perlu ada tetapi ia tidak berkuasa mengabulkan permintaan makhluk lain.senadainya air di timpa racun, hydrogen tetap begitu menjadi molekul bersama air tetap tidak berbuat apa bagi menghilangkan bisa racun tersebut. makhluk mukallaf yang diberi akal mampu mengatasi keracunan air tersebut dengan kaedah tersendiri.jelas ianya ujud sebagai unsur yang menempati di mana saja ruangan di jagat raya ini sesuai dengan kuantitinya yang besar.

ianya diujudkan dari proses kejadian alam .gabungan neutron ,elektron dan proton mengikut ukuran orbit dan tarikan yang bersesuaian dengan paduan quark dalam sub atom tersebut menghasilakan molekul hydrogen yang stabil.

ianya boleh terbahagi dan terpisah antara contohnya.:

Hydrogen is an important commercial chemical. It is prepared industrially by two processes: the "water gas reaction" using coke and water (equation 1), and the steam reforming process using natural gas and water (equation 2). Both reactions require high temperatures.

C(s) + H2O(g) melalui proses pemanasan ia berubah menjadi CO(g) + H2(g)

(kaedah 1/pemisahan hydrogen dari molekul air)

CH4(g) + H2O(g) melalui proses pemanasan ia berubah menjadi CO(g) + 3 H2(g)

(kaedah 2/pembahagian hidrogen4 dari molekul carbonhidrogen4 dan pemisahan hidrogen dari molekul air)

maka jelas tiada sebarang persamaan antara makhluk dengan khaliknya dari segala aspek apatah lagi dari sudut keesaan.

KESIMPULAN

MENTAUHIDKAN ALLAH DAN MENYAMPAIKAN SERUAN TAUHID ITU ADALAH KEWAJIPAN SETIAP INDIVIDU KEPADA SELURUH UMMAH.

TIADA PENGHARAPAN YANG HARUS DILETAKKAN SELAIN DARI ALLAH.

MAKHLUK ADALAH KEJADIAN BARU DAN BERMULA DARI SESUATU DAN BOLEH berubah MENGAHASILKAN SESUATU YANG BARU ATAU SEUMPAMANYA.

TIADA SEBARANG PERSAMAAN YANG SETARA ANTARA MAKHLUK DENGAN KHALIK DARI SEGI KEESAAN , KEUJUDAN DAN KEBOLEHAN.

suratulikhlas membawa mesej kewujudan Allah tanpa sebarang proses kejadian dalam keadaan yang tunggal serta berkuasa penuh mentadbir dan menjadi kiblat iaitu urjukan serta pergantungan sekelian makhluk tanpa pernah terpisah dan membahagi seterusnya menyangkal proses kemusnahan baginya yang tidak akan wujud sekaligus menidakkan sebarang persamaan dengan sebarang bentuk makhluk dari segala aspek.

kerana itulah sesiapa yang membaca surah ini dan mengakui isi kandungannya dengan penuh keimanan mendapat jaminan syurga dari Yang Maha Esa kerana ianya merangkumi mesej utama khalik kepada makhluknya menerusi rasul yang diutuskan iaitu pentauhidan ke hadrat Ilahi.

KESUDAHAN YANG BAIK ITU BAGI MEREKA YANG BERTAKWA

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...