Friday, December 24, 2010

Muhasabah Diri Amanahkah Kita

 

Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?" Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakkanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga."

Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.

-------------------------------------------------------------

Daripada cerita di atas dapat diambil iktibar adakah kita ini termasuk dikalangan orang yang amanah...

sebagai muhasabah diri
>pernah tak kita menggunakan mesin photostat dan kertas A4 syarikat tempat kita bekerja untuk kepentingan diri sendiri?


>pernah tak kita mengambil/mencuri sebarang peralatan dari tempat kerja kita?


>pernah tak kita menggunakan kenderaan syarikat, kemudian menipu jumlah minyaknya?


>pernah tak kita menggunakan internet dari tempat kerja kita bukan atas urusan kerja?
:Siapa yg dikehendaki ALLAH kebaikan, nescaya ia akan di beri kefahaman mengenai agama:

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...