Friday, December 24, 2010

Doa Yang Diajarkan Kepada Abu Darda R A Oleh Rasulullah Saw

 

Doa Abu Darda R.A untuk menyelamatkan diri dan harta dari malapetaka...

'Talha r.a. meriwayatkan: "seseorang telah datang kepada Abu Darda R.A dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar.Abu Darda r.a menjawab "Tidak, rumah saya tak terbakar".Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar.Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda r.a memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang keempat seorang lagi datang dan memberitahu Abu Darda r.a "Wahai Abu Darda r.a! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam."
Abu Darda r.a menjawab: "Saya yakin bahawa Allah S.W.T tidak akan membakar rumah saya.Rasulullah SAW telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang.(saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh).Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar"

*Doa ini jugabaik dibaca pada waktu kite keluar rumah:

"Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta 'alaika tawakaltu wa anta rabbil arsyil

karim masyaAllah kaa na wamalam yasalam yakun, wala haula wala kuwata ila

billahil 'aliyyil 'azim A'alamu annallah ha ala kulli syai ingkadir Wa annallah ha

kad aha tha bikulli sya in 'ilma.Allahumma inni a'uzubika min syarrinafsi wamin

syarrikulli daaabatin anta akhizu bina syiyatiha, inna rabbi 'ala

sirratimmustaqim"

petunjuk:
-tanda ' adalah menunjukkan bacaan nya adalah huruf ain bukan aliff.

*maaf hamba yang hina ini tak dpt tuliskan dalam bahasa arab disini mahu pun jawinya..
untuk itu sila rujuk buku manzil resam uthmani atau pun buku doa-doa..dan juga rujuk pada ustaz ustazah...

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...