Tuesday, December 28, 2010

Puasa Beri Kekuatan Dalaman

 

Oleh: DR. MASHITAH IBRAHIM
Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai
senjata orang
Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai
otak dari
ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan
berdoa
kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah
keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga
menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia
terhadap
perancangan Allah.

Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah
jua kuasa
penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat mengatasi
qadak
dan qadar Allah.

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa
hinggakan
disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam
3
golongan manusia yang tidak akan ditolak doanya. Sabda
Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan
ditolak
doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa
hingga
dia berbuka dan orang yang teraniaya. Dapatlah kita
fahami di
sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan
menyebabkan
manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat
kepada Allah
doanya mudah diperkenankan.

Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja
akan akur
pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah
memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah
ditentukan
Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.

Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud:
''Apabila
hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad)
bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang
meminta kepada Ku.''

Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti
akan
dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan
mengotakan
janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang yang berdoa
tadi akan
ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan
perancangan-Nya bukan
perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah
sama
dengan perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia
berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah
memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk
orang yang
taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan
spirituil melalui
sifat ikhlas. Amalan puasa adalah antara manusia
dengan Allah.
Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin
tiada
siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu. Dengan
ini puasa
menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada
Allah.
Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita
bertambah
yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana
pentingnya sifat
ikhlas ini Allah s.w.t. sendiri yang akan membatas
pahala orang
yang berpuasa.

Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan
berlapar dalam
puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani.
Melalui
puasa dapatlah kita fahami bahawa seseorang menjadi
kuat dan
boleh bekerja bukanlah kerana makan saja tetapi kerana
keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi
penggerak
kepadanya.

Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang
berlaku dalam
bulan Ramadan ketika pertama kali orang Islam
diwajibkan
berpuasa. Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah
menjadi
kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana
keimanan
yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa
musuh
yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang
lapar
dan sedikit jumlahnya.

Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri
orang
Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa
sunat
enam hari dalam bulan Syawal supaya kekuatan rohani
ini
berkesinambungan.

Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih
dirasai dan
berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah
mula
berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab dan
Syaaban.

Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain.
Ia penuh
keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan
pemergiannya
ditangisi. Jika manusia tahu apa yang terkandung
daripada
keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu
sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita
penekanan
persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa
dilalui
untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi
daripada
persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk
puasa
bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.

Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya
membuat
kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan
dan
menambah ibadat.

Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan
sanggup
sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling
tidak pun
mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati juadah
berbuka dan
''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang
ramai.

Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah
terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani
dan jasmani.
Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal
menjadi
kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula
kental
dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula
mendapat
ketahanan melalui puasa.

Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang
lain.
Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih
merupakan amalan
dalaman yang tersirat dalam diri seseorang. Ia
berupaya
memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.

DR. MASHITAH IBRAHIM Penolong Profesor di Jabatan
Quran dan Sunah, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains
Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...