Wednesday, December 29, 2010

Mengajar Anak Dengan Adab Tidur Dan Bangun Tidur

 

Tidur adalah satu keperluan bagi manusia untuk merehatkan badan setelah
penat bekerja seharian. Bagi ibu, tidur anak-anak itu hendaklah dididik
dengan cara dan adab Islam. Menurut sebuah hadith Imam al Bukhari dan
Muslim bahawa Rasullallah s.a.w berwudhu' terlebih dahulu sebelum
baginda tidur. Oleh itu anak-anak hendaklah dididik agar berwudhu'
terlebih dahulu sebelum tidur. Dikala hendak tidur, Rasulallah s.a.w
membaringkan badannya ke kanan dan meletakkan tangan kanannya di bawah
pipinya, kemudian beliu membaca :

" Dengan nama Allah, saya hidup dan dengan nama Engkau ya Allah saya
mati (tidur)."

Tidur adalah seumpama dengan mati. Sedangkan bangun dari tidur adalah
seumpama dihidupkan kembali. Diriwayatkan dari Al Hakim :

" Nabi s.a.w apabila tersedar dari tidur (di waktu malam) beliau membaca
: " Lailaha illa Allah……. : tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Maha
Tunggal lagi Maha Perkasa, Tuhan semesta langit dan bumi dan
kejadian-kejadian antara keduanya. Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun."

Adab-adab tidur

Hendaklah berwudhu dan bersugi (membersihkan gigi)

Tidurnya menganan (di atas lambung kanan agar mudah terbagun untuk
beribadat dan seumpama mayat di dalam kubur)

Hendaklahajar anak-anak agar berzikir kepada Allah sehingga tertidur

Hendaklah ajar dia berdoa apabila berjaga malam

Hendaklah memuji Allah dan membaca doa bangkit dari tidur apabila bangun
pada keesokan harinya.

Adab-Adab bangun tidur

Ajarkan anak-anak membaca doa bangun tidur iaitu : " Segala puji bagi
Allah yang telah menghidupkan kita setelah mematikan kita. Kepadanya
jualah kita dibangkitkan dan dikembalikan."

Hendaklah di dorong agar bersegera melakukan ibadah sunat dan fardhu.

Mengajar anak agar berniat bahawa hari yang bakal dilalui itu akan
dipenuhi dengan amal ibadah dan ketaatan kepada Allah.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...