Monday, May 16, 2011

Senjata Untuk Menghancurkan Iblis laknatullah

 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?"

Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat dan banyak membaca al-Qur'an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku".

Sahabat yang dikasihi Allah,
Amalan yang menjadi senjata untuk menghancurkan Iblis adalah amalan orang-orang Mukmin, yang telah sebati dalam hati dan jiwanya.
1. Lidahnya sentiasa basah berzikir kepada Allah s.w.t. samaada ketika berseorangan , bersama keluarga atau dengan orang lain. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, " Sebaik-baik zikir ialah Laa Ilaaha Illallah."

Baginda bersabda yang bermaksud :
"Selalulah kamu mengucapkan : Laa Illaaha Illallah dan beristighfar kepada Allah dan banyakkanlah kamu menyebut keduanya itu, kerana Iblis berkata : Aku binasakan manusia dengan noda dan dosa dan aku pula dibinasakan oleh manusia dengan Laa Ilaaha Illallah dan istighfar."
(Hadis Riwayat Abu Ya'laa r.a)

Disebut dalam sebuah hadis yang lain Nabi s.a.w. berkata yang bermaksud :
"Barangsiapa yang dapat akhir kalam ketika hendak matinya menyebut kalimah Laa Ilaaha Illallah nescaya dia akan dimasukkan kedalam Syurga".

2. Tangannya ringan menghulur sedekah dan derma tanpa diketahui oleh sesiapa, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dihulurkan oleh tangan kanannya. Untuk bersedekah ia merasakan tidak perlu untuk menjadi kaya dahulu baru hendak menghulurkan bantuan, tetapi memadailah menghulurkan apa sahaja yang termampu, dengan hati yang ikhlas.

3. Hatinya sentiasa beristighfar sebanyak-banyaknya, memohon keampunan kehadrat Allah Azzawajalla kerana ia merasakan dosa-dosanya banyak yang telah dilakukannya.

4. Jiwanya merasa gelisah sekiranya sehari ia tidak dapat menatap lambaran kitab suci al- Qur'an kerana didalamnya mengandungi seribu hikmah dan pengajaran untuk menjadi peduman hidup didunia ini.

5. Dimalam hari pula ketika ramai manusia sedang lena dibawa mimpi-mimpi yang indah ia bangun ditengah malam untuk qiyamulail dan bertahajud, bermunajat dan berdo'a kepada Allah s.w.t. hingga menitiskan air mata penyesalan.

Oleh itu jadikanlah amalan tersebut sebagai malakah (kebiasaan) dan terus istiqamah sebagai amal soleh yang dilaksanakan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...