Monday, May 16, 2011

Golongan Yang Menjadi Musuh dan Kawan Iblis.

 

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Wahai Iblis, terangkan kepadaku berapakah gulongan dari umatku yang akan menjadi musuhmu?"

Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah, umatmu yang menjadi musuhku ada lima belas gulongan antaranya adalah :
1.Orang-orang yang mengikut akan dikau ya Muhammad.

2.Imam (pemerentah) yang adil.

3.Orang kaya yang merendahkan diri.

4.Saudagar yang jujur dan benar.

5.Ulama' dan para alim yang khusyu'.

6.Para Mukmin yang pengasih dan penyayang.

7.Manusia yang seringkali bertaubat dan memohon ampun dari Allah.

8.Orang Mukmin yang selalu suka memberi nasihat kepada jalan yang benar.

9.Orang-orang yang warak dikalangan umatmu.

10.Orang Mukmin yang selalu didalam berwudhu (air sembahyang).

11.Orang Mukmin yang selalu bersedekah.

12.Orang Mukmin yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat.

13.Orang Mukmin yang baik dan ikhlas serta berbudi luhur.

14.Orang Mukmin yang selalu membaca Al-Qur'an.

15.Umatmu yang rajin melaksanakan solat malam (qiamullail)."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Wahai Iblis, terangkan kepadaku siapakah gulongan umatku yang menjadi kawan baikmu?"

Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah, ada sepuluh gulongan yang menjadi sahabat karibku antaranya :
1.Imam (pemerentah) yang zalim.

2.Orang kaya yang sombong.

3.Saudagar yang khianat (menipu dalam perniagaan).

4.Peminum arak.

5.Tukang fitnah (ini termasuk semua jenis manusia tidak kira apa pangkat dan darjatnya sekalipun).

6.Pelacur.

7.Pemakan harta anak yatim.

8.Umatmu yang mempermudahkan solat (tidak melaksanakan solat dengan sempurna dan sering meninggalkan solat).

9.Manusia yang engan membayar zakat.

10.Orang yang banyak berangan-angan (malas bekerja mencari rezeki). "

Sahabat,
Oleh itu sentiasalah kita berwaspada supaya kita tidak menjadi gulongan yang menjadi kawan syaitan tanpa kita sedari.Inilah dua jenis gulongan yang ujud dikalangan manusia dan tiap satu berlawanan dengan yang lain hingga payah untuk diukur bagaimana jauh dan dekat, kerana alat ukur hanya mampu menghitung benda, tetapi berbeza antara dua makhuk ini bukan dipisahkan oleh benda tetapi dipisahkan dengn iman.

Hanya imanlah sahaja yang mampu menangkis segala serangan Iblis dan syaitan.Kesemua lima belas gulongan yang dinyatakan diatas adalah mereka-mereka yang berpaksikan iman dan takwa didalam kehidupan mereka hingga Iblis dan syaitan kecewa kerana tidak berupaya mengoda mereka.

Sekiranya kamu berada di gulongan kedua yakni menjadi sahabat Iblis, maka hendaklah kamu mencari jalan keluar yang selamat, mintalah pertolongan Allah, insya Allah Allah akan menolong hamba-hambanya suka bertaubat. Perbanyakkanlah zikir dan mengingati Allah walau dimana sekalipun berada, kerana dengan mengingati Allah sahajalah kita dapat selamat dari tipu daya Iblis dan kuncu-kuncunya.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...