Tuesday, December 21, 2010

tawakkal si anak kecil

 

Abu Faidh Thauban atau yang terkenal dengan nama panggilan Zunnun
Al-Mishri adalah seorang ahli Tasawwuf yang besar dari negera Mesir.
> >
> >Diceritakan bahawa pada suatu hari Zunnun Al-Mishri pergi ke laut
untuk menjala ikan untuk menyara hidupnya dengan disertai oleh anak
perempuannya yang masih kecil.
> >
> >
> >
> >
> >Zunnun menebarkan jaringnya, tidak berapa lama kemudian jaring
itupun ditariknya. Dia beruntung kerana dapat menangkap seekor ikan. Anak
perempuanya yang ikut turun ke laut, menyaksikan bahawa mulut ikan itu
bergerak-gerak seperti orang berzikir. Apabila Zunnun menghulurkan
tangannya untuk menngambil ikan yang sudah dijangka menjadi rezekinya itu.
Tiba-tiba anaknya
> >menghalangnya. Dengan pantas anaknya mengambil ikan yang masih hidup
itu dan mencampakkannya ke laut semula. Maka bebaslah ikan itu di
alamnya.
> >
> >Zunnun tidak dapat menghalang perbuatan anaknya itu dan hanya
melihat dengan penuh kehairanan.
> >
> >"Mengapa kau membuang rezeki yang sudah kita perolehi?" Tanya Zunnun
kepada anaknya.
> >
> >Anaknya menjawab: "Saya tidak rela maka makhluk yang berzikir kepada
Allah".
> >
> >Zunnun hairan terhadap jawapan anaknya itu kerana setiap ikan yang
baru ditangkap sudah tentu bibirnya bergerak-gerak.
> >
> >"Apa yang hendak kia buat?" tanya Zunun lagi.
> >
> >Anaknya menjawab: "Kita bertawakal kepada Allah semoga Dia memberi
kita rezeki benda yang tidak berzikir kepada Allah.
> >
> >Kedua-duanya pun balik tidak meneruskan kerjanya sebagai penangkap
ikan dan mencari kerja lain sambil bertawakal kepada Allah. Setelah
bekerja sampai petang, keduanya belum juga mendapatkan sesuatu rezeki untuk
dimakan sedangkan perutnya sudah mulai lapar.
> >
> >Apabila waktu Isya' sudah masuk, tiba-tiba Allah menurunkan hidangan
dari langit yang terdiri daripada berbagai jenis makanan, maka makanlah
keduanya dari rezeki itu. Keadaan seperti ini berlaku setiap malam dan
berlangsung lebih
> >kurang dua belas tahun.
> >
> >Zunnun menyangka bahawa kurnia dari Allah yang sangat istimewa ini
adalah disebabkan dirinya yang sangat rajin beribadah, solat, berpuasa
dan berdoa kepada Allah.
> >
> >Apabila keaadaan ini sudah berlangsung lebih kurang 12 tahun, anak
perempuannya yang ikut kelaut sudah meninggal. Ternyata hidangan dari
langit tidak turun lagi berikutan kematian anaknya itu. Kini Zunnun
menyedari bahawa kurnia Allah yang turun pada keluarganya berupa makanan
dari langit itu bukan disebabkan kerana dirinya yang rajin beribadah dan
berdoa, tetapi disebabkan kerana ketinggian tawakal anak perempuannya
yang sudah meninggal."

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...