Iman dengan makna tasdiq adalah dinamakan diketahui oleh sesiapapun melainkan Allah SWT. juga sebagai ‘aqidah, dimana rahsianya tidak Walau bagaimanapun manusia itu mempunyai sifat-sifat lahiriah yang dapat menjadi ukuran kepada kita, iaitu sifat-sifat yang dapat dilihat melalui tindak-tanduk manusia sama ada perkataan atau perbuatan adalah menjadi tanda iman yang menjadi ukuran kita. Adapun segala apa yang tersirat dihatinya adalah terserah kepada Allah SWT.
Iman itu melahirkan penyerahan diri kepada Allah SWT dinamakan Islam. Ini
bermaksud, seseorang yang beriman itu hendaklah menyerahkan diri kepada Allah
SWT dan menerima segala hukum-hukum-Nya walaupun dengan tidak mengetahui akan
hikmat-hikmatnya. Sesungguhnya penyerahan dan penerimaan itu berlaku dengan dua
perkara; iaitu dengan kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan iman atau
‘aqidah dan juga dengan sifat-sifat lahiriyyah iaitu melalui perkataan dan
amalan yang dinamakan Islam.
Jelas bahawa tempat iman itu ialah hati, yang berlaku padanya tasdiq jazim
kerana firman Allah SWT.
Maksudnya:
“Kerana iman itu belum masuk ke dalam hati mereka.” (Al-hujurat: 14)
Firman Allah SWT.
“Sesungguhnya orang yang meminta izin kepadamu (untuk tidak pergi berjihad),
hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat dan hati
mereka ragu-ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguan.” (at-Taubah:
45)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud.
“Allah memasukkan ahli syurga ke dalam syurga. Ia memasukkannya sesiapa yang Ia
kehendaki dengan rahmat-Nya. Dan memasukkan ahli neraka ke dalam neraka.
Kemudian Allah berfirman: “Lihatlah kamu akan sesiapa yang kamu dapati di dalam
hatinya iman walaupun sebesar biji yang halus maka keluarkanlah ia.” Riwayat
Imam Muslim.
Iman juga mempunyai rukun-rukunnya.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Rasul itu telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-Quran) dari
Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah,
Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya dan Rasul-Rasul-Nya. Mereka mengatakan,
“Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun dengan yang lain dari
Rasul-Rasul-Nya”, dan mereka mengatakan . “Kami dengan dan kami taati”. (mereka
berdoa), “Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”
(al-Baqarah: 285)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Iman itu ialah bahawa kamu beriman dengan Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya,
Rasul-Nya, Hari Akhirat dan Qadar baik dan jahat. (Riwayat Muslim)
Kesimpulannya, bahawa yang dikatakan iman itu ialah beriman dengan Allah SWT,
Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Akhirat dan Qadar Takdir.
Wallahua'lam