Monday, May 9, 2011

Iblis diseru masuk neraka

 

Iblis sentiasa berusaha menyesatkan manusia dan mahu manusia bersama-sama dengannya masuk ke neraka yang demikian saudaraku mari baca artikel ni dan ambil iktibar darinya berusahalah agar kita dijauhi darimenjadi hamba yang derhaka seperti iblis laknatullah.........selamat membaca

disebutkan dalam sebuah kitab bahawa pada hari kiamat nanti akan kedengaran suara suara yang akan memanggil-manggil...."datanglah si fulan bin sifulan" kemudian akan datanglah firaun yang mana dikepalanya dipakaikan songkok yang diperbuat dari api neraka,kemudian akan berseru lagi suara itu "dimanakah orang-orang yang sombong dan takbur?"

maka mereka pun berangkat menuju ke neraka dengan diketuai oleh firaun.
akan kedengaran lagi suara yang memanggil "dimanakah Qabil ?." maka Qabil pun didatangkan,berseru suara itu "dimanakah orang yang hasad dengki ?" maka keluarlah orang yang hasad dengki dan dikumpulkan dengan Qabil ,maka Qabil sebagai ketua akan membawa mereka ke neraka.

kemudian kedengaran suara memanggil "dimana Kaab bin Asyraf ,pemimpin ulamak Yahudi?" Disebut dalam hadist kalaulah Kaab bin Asyraf itu beriman kepada Allah swt.sudah tentu orang yahudi akan beriman.lalu suara itu berkat "dimanakah orang yang menyembunyikan kebenaran dan orang yang menyembunyikan ilmu ?"lalu para malikat membawa mereka dan membawa mereka semua beserta dengan ketua mereka iaitu Kaab bin Asyraf ke neraka.

kemudian suara itu berkata lagi "dimanakah Abu Jahal?"maka Abu Jahal pun dihadapkan ,kedengaran suara itu berkata " dimanakah orang-orang yang mendustakan Allah dan RasulnNya?" maka orang -orang yang mendustakan Allah swt dan RasulNya itupun menuju ke neraka dan diketuai Abu Jahal.

setelah itu kedengaran suara memanggil"dimanakah Walid bin Mughirah?" maka Walid pun dihadapkan ,lalu kedengaran suara memanggil "dimanakah orang-orang yang mengejek orang fakir muslim dan dihadapkan mereka lalu dibawah ke neraka dengan diketuai oleh Walid bin Mughirah.

kemudian suara itu berkata "dimanakah Ajda orang yang celaka yang telah menganjurkan liwat ( homoseks) yang terdiri dari kaum Luth.maka Ajda pun dihadapkan dan dihantar mereka ke neraka .

berkata lagi suara itu dimanakah Umru Ul Qais?"maka ia pun dihadapkan dan dikumpulkan semua orang-orang yang ahli sihir dan mereka dihantar ke neraka bersama ketua mereka iaitu Umru Ul Qais.

suara itu berkata lagi dimanakah Musailamatul Kadzab ?" maka ia pun dihadapkan bersama-sama orang yang mendustakan kitab Allah swt ,maka semua mereka dimasukkan kedalam neraka.

kemudian berkata lagi suara itu " dimanakah Iblis terkutuk ?"maka iblis pun dihadapkan. lalu berkata iblis terkutuk "wahai Hakim yang Maha Adil hadapkanlah segala bala tenteraku ,para muadzinku adalah para pembacaku,mereka berjabat dan menyetujui aku ,para menteri ialah ahli fiqhku,para penjaga ialah para pedagangku,para pemukul gendang ialah para penghuluku.

iblis ditanya " wahai iblis yang terkutuk ,katakan siapakah para tenteramu?'

maka ibilis berkata ,tenteraku ialah mereka yang mempunyai sifat rakus ,para miuadzinku ialah orang yang salah bacaannya ,para pembacaku ialah para penyanyi orang yang menyetujui aku ialah orang yang menggiris muka atau tangannya kemudian diwarnakannya (tatoo) , para ahli fiqhku ialah mereka yang telah menghina makanan yang telah dihalalkan. para penjaga ku ialah mereka yang didampingi arak sehingga memabukkan mereka tidak mahu mengeluarkan zakat. para pemukul gendang ku ialah mereka yang memukul gendang rebana ,para penghuluku ialah mereka yang menanam anggur untuk dibuat arak".

sebarkanlah cerita ini agar dapat dikongsi bersama-sama dan berusahalah jauhi Syaitan yang durjana............

 

kemudian keluarlah seekor ular yang panjang lehernya 500 tahun perjalanan dan mengumpulkan mereka dan mengusir mereka ke neraka .

setelah itu semua mahluk dipanggil untuk dihisab . lalu Allah swt berfirman yang bermaksud " wahai jibril, orang pertama akan memasuki syurga ialah Muhammad saw , maka dipakaikan pada rasulullah saw mahkota yang dibuat daripada cahaya ,memakai pakaian sutera hijau dan dihadapkan padanya 70,000 bendera dan bagi baginda sendiri membawa bendera pujian,kemudian ada suara memanggil :

" dimanakah orang-orang yang menggunakan akal fikiran dan berbuat baik kepada orang fakir serta mengikuti jalan nabi Muhammad saw dan sunnahnya ?" maka mereka semua diperintahkan masuk ke syurga dan didahului oleh Rasulullah saw.

kemudian didatangkan Nabi Adam as dikepalanya terdapat mahkota dari cahaya dan terdapat 8,000 bendera dihadapannya . Lalu diseru " dimanakah orang yang berhaji dan berumrah ?" maka ikutlah kamu semua kepada Nabi Adam as untuk ke syurga".

lalu didatangkan Nabi Ibrahim as dengan didepannya terdapat 20,000 bendera lalu dikatakan padanya " dimanakah orang-orang yang menyenangi para tetamu dan berbuat baik kepada orang musafir?".
maka masuklah kedalam syurga dengan didahului oleh nabi Ibrahim as.

kemudian nabi Yusuf didatangkan, dihadapannya terdapat 10,000 bendera da dikatakan kepadanya " dimanakah orang yang telah menahan hawa nafsu ketika mampu ?" maka masuklah mereka bersama-sama nabi Yusuf ke dalam syurga.

setelah itu didatangkan nabi Ya'qub as dan suara memanggil ; " dimanakah orang yang berbaik-baik dengan para jiran tetangganya ?" lalu masuklah mereka semua mereka kedalam syurga dengan dengan didahului oleh Nabi Ya'qub as.

kemudian diadatangkan nabi Harun as dan dikatakan " dimanakah orang-orang yang bertindak adil dalam pemerintahannya ?" maka masuklah mereka bersama-sama nabi Harun as.

kemudian didatangkan Abu Bakar As Siddiq ra dan dikepalanya terdapat mahkota yang bercahaya dan memakai pakaian dari sutera halus dan kasar.kemudian dikatakan : " dimanakah orang-orang yang jujur." maka masuklah mereka semua kedalam syurga bersama-sama Abu Bakar sebagai ketua.

kemudian didatangkan Umar ra dan ditanya; " dimanakah orang -orang yang mengajak kepada yang maa'ruf dan mencegah yang mungkar ?" maka berkumpullah mereka dan masuk ke dalam syurga bersama-sama Umar ra.

lalu didatangkan Uthman bin Affan ra padanya pakaian rasa malu lalu dikatakan " dimanakah orang yang tidak derhaka kerana malu kepada Allah swt ?" maka masuklah mereka kedalam syurga dengan diketuai oleh Uthman ra.

kemudian didatangkan Ali bin Abi Talib dikatakan " dimanakah orang yang berperang ,orang yang berjuang dijalan Allah swt >" maka masuklah kamu kedalam syurga bersama-sama Ali bin Abi Talib sebagai ketua.

setelah itu didatangkan Hasan dan Husin ra dan dikatakan : " dimanakah orang yang dianiayai dan di bunuh kerana taat kepada Allah swt ?" maka masuklah mereka semua kedalam syurga dengan didahului dengan Hasan dan Husin ra

kemudian didatangkan Mu'adz bin Jabal dan dikatakan " dimanakah para ahli Fiqh ?" Maka masuklah mereka semua kedalam syurga dan didahului oleh Mua'adz bin Jabal.

kemudian didatangkan Bilal bin Rabah ra lalu dikatakan : " dimanakah para muadzin ?" maka masuklah mereka semua kedalam syurga dengan didahului oleh Bilal bin Rabah sebagai ketua.

oleh yang demikian wahai saudaraku lihatlah adakah tempat kita bersama-sama orang ini,adakah peluang untuk kita bersama mereka masuk ke syurga tanpa hisab RENUNGILAH...........

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...