Monday, May 9, 2011

Ikhlaskah kita?

 

image

Keikhlasan itu suatu permata yang sukar dicari..dalam setiap amalan kita,andai tidak disertai dengan ikhlas kita kerana Allah,maka sia2lah ia kerana amalan itu akan dicampak kembali ke muka kita bagai kain buruk kerana gagal samapai ke tingkat teratas langit ketujuh..marilah kita muhasabah kembali..buat renungan bersama..

Ikhlas seorang wanita dara atau muhsin ialah apabila ia keluar rumah, ia berpakaian berwarna pudar atau lusuh tetapi bersih.

Ikhlas seorang isteri ialah apabila ia mengadu kapada Allah atas kelemahan suaminya sambil terus berbakti kepada suaminya hingga akhir hayatnya.

Ikhlas seorang suami terhadap isterinya ialah ia membimbingnya ke akhirat, bukan melambakkan habuan duniawi kerana wanita dan perhiasan duniawi adalah sinonim, ia tidak akan puas, malah menyukarkanya melihat akhirat dengan mata hati yang mewah.

ikhlas seorang anak kepada kedua ibiu bapanya ialah ia sentiasa bertanya pendapat mereka atau meminta redha mereka sebelum membuat sesuatu keputusan yang besar.

Ikhlas seorang ulamak terhadap umatnya ialah ia sanggup menghadapi kepayahan jika terpaksa bercakap kebenaran demi menyelamatkan umat itu.

Rakan yang ikhlas ialah yang menanyakan khabar ketika engkau tidak kelihatan sedang dia dalam kenikmatan.

Orang yang ikhlas tentang dirinya ialah yang melihat aibnya lebih dari melihat kebaikannya.Ia gelisah bila dipuji, dan tenang bila ditegur kesalahannya.Dia memuji orang lain ketika tiadanya dan menegur bersendirian ketika berhadapan dengannya.

ikhlas seorang pemimpin ialah ia merendahkan dirinya di hadapan para ulamak dan merasai dia tidak lebih dari seorang khadam yang disuruh menjalankan hukum di muka bumi Allah.

firman Allah SWT:
"Keikhlasan adalah satu rahsia yang Kupertaruhkan di hati orang-orang yang Kucintai.Tersembunyinya ia sehingga malaikat pun tidak dapat melihatnya selagi ia belum dituliskan dan syaitan pun tidak dapat merosakkannya"

Firman di atas menunjukkan hanya Allah yang tahu tahap keikhlasan kita..oleh itu,,jagalah hati kita kerana hati kita adalah milik Allah yang hanya dicipta untuk mencintaiNya..wallahualam

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...