Semut termasuk dalam golongan haiwan yang tidak mengalir darahnya ketika disembelih atau dipotong badannya.Sering terjadi semut mati dalam air minuman kita.Bagaimanakah hukumnya air itu najis atau tidak?
Masalah ini boleh dipecahkan seperti berikut:
1. Bangkai semut yang masuk atau jatuh ke dalam air yang sedikit.Yakni ia telah mati sebelum jatuh dalam air.Ini berlaku 2 keadaan:
a: Jika ia jatuh dengan iktiar kita(sengaja),contohnya kita memasukkan gula atau susu yang ada bangkai semut ke dalam air.Hukumnya najis.
b: Jika ia jatuh bukan dengan iktiar kita(tak sengaja).contohnya ia jatuh dalam air kerana ditiup angin,hukumnya najis,jika berubah sifat air itu:tetapi dimaafkan jika tak berubah sifatnya.
2: Semut yang masuk ke dalam air ketika masih hidup tetapi mati(lemas) di dlmnya.Ini berlaku dalam 2 keadaan:
a: Ia masuk(jatuh) dengan sengaja.contohnya apabila memasukkan gula yang ada semut atau ketika menapis air.Jika:
1. Mati dengan sendirinya,hukumnya dimaafkan menurut ibnu hajar tapi menurut sheikh Ramli,tetap najis kerana sengaja dimasukkan.
2. Ia mati dalam air itu dengan tak sengaja.contohnya mati semasa bancuh air atau ketika hendah keluarkannya.Hukumnya najis.
b: Ia masuk(jatuh) ke dalam air bukan dengan sengaja.contohnya ia masuk kerana ditiup angin.Hukumnya:
1: Jika mati dengan sendiri(lemas),maka dimaafkan.Minum air itu selapas dibuang bangkainya.
2: Jika mati dengan ikhtiar kita,maka air itu najis dan tak boleh diminum.
MEMAKAN ATAU MEMINUM BENDA yang NAJIS,AKAN MELEMAHKAN DAYA PEMIKIRAN KITA SERTA BERDOSA.