Wednesday, April 13, 2011

Bersihkan Dosa Harian dengan Ibadat Sembahyang

 

image

Abu Nadjih(Amru)bin Abasah Asslamy .a. berkata:PAda ketika jahiliyah,saya merasakan bahwa semua manusia berada dalam kesesatan kerana mereka menyembah berhala. kemudian saya mendengar berita:ada seorang lelaki diMekah memberi ajaran-ajaran baik.Maka saya pergi keMekah.Disana saya pergi keMekah,dapati Rasulullah s.a.w. menyampaikan dakwahnya secara bersembunyi dan berahsia kerana kaumnya sangat bongkak dan menentang ajarannya.

Maka saya berusaha sedaya upaya hingga dapat menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanya kepadanya: "Apakah tuan ini?Jawabnya:"Saya Nabi" Saya bertanya lagi:Apakah yang dikatakan Nabi itu?Jawabnya:Allah s.w.t.mengutus saya supaya menghubungi keluarga dan menghancurkan sembahan berhala,menyeru manusia mengEsakan Tuhan dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apapun.

Saya bertanya ,siapakah yang telah mengikuti tuan dengan ajaran tersebut? Jawabnya:Seorang yang merdeka dan seorang lagi ialah hamba sahaya(iaitu Abu Bakar dan BIlal),saya menegaskan kepada Rasulullah s.aw.:Saya akan mengikuti tuan.

Jawab RAsulullah:Jangan sekarang,tidakkah anda perhatikan keadaan orang-orang menentangku,tetapi anda pulanglah dahulu kekampung halaman anda, dan tunggulah perkhabaran berita kemenanganku,maka ketika itu datanglah menemuiku.

Maka segeralah saya pulang kembali kekampung,hingga terdengarlah hijrah Rasulullah s.a.w. ke MAdinah,dan ketika itu saya masih terus mencari berita,hingga bertemu beberapa daripada keluargaku yang baru kembali dari MAdinah.MAka saya bertanya:Bagaimanakah khabar orang yang baru datang ke kota Madinah itu?

Jawab mereka:Orang-orang disana menyambutnya dengan baik,tidak sebagaimana kaumnya diMekah yang mengejar dan mahu membunuhnya tetapi tak dapat berbuat demikian.

Maka saya pun segeralah berangkat keMAdinah dan bertemu dengan RAsulullah s.a.w.
Saya berkata:"YA Rasulullah,apakah tuan masih ingat kepada saya?"
Jawabnya:Ya,anda yang telah datang menemuiku diMekah.Lalu saya berkata"Ya RAsulullah,beritahu kepada saya apa yang telah diajarkan oleh Allah kepada tuan dan belum lagi saya ketahui.Beritahulah kepada saya tentang ibadat sembahyang.

Maka Nabi pun menjelaskan kepadaku:Sembahyanglah pada waktu subuh.kemudian sembahyang hingga matahari naik sekadar tombak,kerana pada terbitnya matahari itu seolah-olah terbit antara dua tanduk syaitan,pada ketika itulah orang-orang kafir menyembah sujud kepadanya.

kemudian setelah itu anda boleh bersembahyang sekuat tenagamu dari solat sunat,kerana sembahyang itu tetap disaksikan dari dihadiri oleh MAlaikat hingga matahari tengah-tengah,maka disitulah hentikan sembahyang itu kerana ketika itu dinyalakan neraka jahanam.Maka segelincir matahari dari mulai ada bayangan,sembahyanglah kerana sembahyang itu disaksikan oleh Malaikat hingga sembahyang Asar.

kemudian hentikan sembahyang hhingga terbenam matahari,kerana ketika itu seolah-olah terbenam antara dua tanduk syaitan dan pada ketika itu bersujudlah orang-orang kafir.Saya bertanya:Ya Nabi Allah,ceritakanlah kepada saya mengenai wudhuk.

Bersabda Nabi s.a.w.:Tiada seorang yang berwudhuk lalu berkumur dan menghirup air ke hidung,dan kemudian mengeluarkannya melainkan akan keluarlah semua dosa-dosa mukanya dari hujung janggutnya bersama-sama titisan air.Kemudian apabila membasuh ia akan kepalanya,maka jatuhlah dosa dari hujung-hujung rambut bersama titisan air.kemudian membasuh dua kakinya hingga ke mata kaki,maka jatuhlah semua dosa-dosa kakinya dari hujung jarinya bersama titisan air.

Maka apabila dia bersembahyang sambil memuja dan memuji Allah s.w.t. menurut lazimnya,dan membersihkan hati daripada segalanya sesuatu selain Allah,maka keluarlah dari semua dosanya bagaikan dia baru lahir dari perut ibunya.(Riwayat Muslim).ketika Amru menceritakan hadis berkenaan kepada Abu Umamah,beliau ditegur dan ditanyai oleh Abu humamah:Apakah benar dan masuk akal dalam satu-satu perbuatan seumpama itu orang itu diberi keampunan sedemikian rupa?

Jawab Amru:"Wahai Abu Umamah,usiaku kini telah tua,dan hampir ajalku,dan tidak kepentinganku untuk berdusta terhadapa Allah s.w.t. dan RAsulullah s.a.w.

Amru .a. menegaskan:Andaikata saya tidak medengar daripada Rasulullah s.a.w.,hanya satu dua kali atau tiga empat kali,atau lima enam tujuh kali,tidak akan saya ceritakan hadis ini,tetapi saya telah mendengarnya lebih daripada itu.

(Muslim)Petikan hadis dari terjemahan kitab Riadhus Shalihin.

Wallahualam.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...