Monday, April 25, 2011

Suami Buka Jalan Ke Syurga

 

image

Ketika berbicara tentang para pembesar, jelas sekali penulisannya adalah suatu lagenda. Maka bagaimana pula kisah bukan pembesar menulis tentang pembesar… begitulah bicara sebuah keluarga yang telah sebati di papan kenyataan berisi senarai syuhada dengan selautan kepahlawanan.

Itulah keluarga Jamal Mansor, seorang pemimpin yang gugur syahid oleh peluru berpandu Israel. Beliau meninggalkan seorang isteri dan beberapa orang anak yang tidak pernah tergugat oleh sebarang musibah walau sekangkang semut dari objektif hidup yang telah dinazarkan selama ini. Inilah yang hakikat yang terbongkar dari bicara bersama isteri as-syahid Jamal Mansor –(Ummu Bakar)- yang tidak pernah mengenal erti mundur atau jemu walaupun satu hari. Bahkan hidupnya itu subur dengan kesabaran, kecekalan dan keikhlasan baik sewaktu kematian suami mahupun sewaktu ia masih hidup.

Kata Ummi Bakar: Sesungguhnya keikhlasan adalah ciri khusus fisiologi dan saikologi di dalam kerangka fikir suaminya Jamal, tidak pernah berkedut mukanya oleh titisan-titisan airmata kesusahan. Oleh itu Jamal ibarat sebuah pokok kukuh menunjang dibumi dan dahan-dahannya menjulang langit. Peluru berpandu dan jet perang sedikitpun tidak mampu menggugat langkahnya.
Ummi Bakar: Suami saya adalah saksi semasa dan saksi sejarah isu Palestine.. “Aaah .. Wahai kafilah yang berkumpul dipintu syurga, siapakah yang memberikan minuman kepada Abi Bakar yang tidak akan haus buat selamanya…”

“Laluan syurga seluas langit dan bumi yang disediakan untuk mereka yang syahid itu penuh sesak dengan muka-muka… bergembiralah para syuhada dan bersedihlah mereka yang masih tinggal…”

“Saya tidak percaya bahawa saya akan menjadi teman hidupnya..”

“Saya tidak percaya bahawa saya akan menjadi teman hidupnya..” Dengan ungkapan ini Ummi Bakar, isteri as-syahid Jamal Mansor memulakan bicaranya berkenaan peribadi suaminya yang mula dikenalinya sewaktu masih belajar di Universiti Kebangsaan an-Najah di Nablus.

“Peribadinya cukup berpengaruh, bicaranya dapat mengumpulkan para intelek. Saya tidak menjangka akan terikat dengan seorang peribadi seperti beliau. Dia sungguh luas ufuk bacaannya dan sungguh sensitif. Saya berkenalan dengan beliau ketika di tahun satu di Universiti. Ketika itu beliau datang mengucapkan tahniah kepada saya sempena saya memakai tudung. Pertemuan ini meninggalkan perasaan sungguh gembira kepada saya. Setelah saya pulang dari Amman ketika cuti tahunan, Jamal datang meminang dan saya merasa sungguh bahagia. Saya tidak percaya bahawa peribadi seperti saya ini akan menjadi teman hidupnya’.

Suasana hening seketika tatkala ditanya tentang perasaannya setelah kesyahidan suaminya. Akhirnya ummi Bakar mengungkapkan “Al-hamdulillah kerana telah memilihnya sebagai syahid”.

Para syuhada merinduinya…

Ummi Bakar sempat menceritakan kisah dialog pendek antara beliau dengan suaminya pada subuh kesyahidannya.

Ummi Bakar…

Ya .. abi Bakar

Ummi Bakar tahu tak siapakah yang menghubungi saya malam tadi ?

Tak… siapa?

As-Syahid Solahuddin Druza. Beliau menziarahi Abi dalam tidur dan berhubungan dengan telefon
sambil berkata: “Saya merindui awak…”

Perbualan ini adalah kalimah terakhir diungkapkan oleh al-Mujahid Jamal Mansor, jurucakap HAMAS sebelum keluar dari rumahnya meninggalkan isteri dan lima orang anaknya.

Seterusnya adalah hasil temu bual yang dibuat dengan Ummi Bakar.

Soalan: Apakah perasaan saudari sebagai isteri seorang syahid yang ramai orang menganggap itu sebagai sebuah madarasah dalam bentuk seorang lelaki?

Jawab: “Sekalipun satu kekosongan besar dalam hidup saya dengan syahidnya suami saya, namun saya merasa bangga dan mulia dengan Allah memilihnya untuk syahid”

“Maka saya memuji Allah di atas pemilihan Allah kepada suami saya menjadi syahid agar ia dapat membuka jalan kepada kami menuju syurganya. Seorang yang syahid akan dapat mensyafaatkan tujuh puluh orang dari kalangan keluarga dan kawan karibnya. Abi Bakar telah berjaya di dalam madrasahnya mendidik isteri serta anak-anak lelaki dan perempuan dengan pendidikan yang sahih. Saya berdoa kepada Allah agar membantu kami meneruskan perjalanan ini dan mentarbiyah anak-anak kami sebagaimana yang ditunjukkan oleh Abi Bakar serta mengurniakan kami agar dapat beriltizam terhadap janji dengan Allah”.

Soalan: Menurut keyakinan anda, bagaimanakah seorang wanita muslimah sepatutnya menerima berita kesyahidan ?

Jawab: “Pada keyakinan saya seorang wanita muslimah sepatutnya meredhai ketentuan Allah. Hendaklah bersabar dan beriman. Hendaklah berdoa kepada Allah: ‘Ya Allah kurniakanlah ganjaranmu pada musibah yang kami hadapi dan kurniakan kepada kami yang lebih daripada itu’

Ketentuan Allah itu tetap akan terlaksana tanpa ada siapapun yang dapat menghalangnya. Allah yang Memberi dan Allah juga yang mengambil. Wanita muslimah mestilah memuji Allah lantaran suaminya, anaknya atau saudaranya telah dipilih oleh Allah untuk dimasukkan di dalam gerombolan syuhada, sepertimana firman Allah: “Dan Dia mengambil dari kalangan kalian orang-orang yang syahid”.

Soalan: Apakah kekosongan yang ditinggalkan oleh Abi Bakar dalam kehidupan anda dan anak-anak ?

Jawab: Abu Bakar adalah segala-galanya dalam hidup saya. Saya telah kehilangan suami yang perihatin. Beliau perihatin terhadap orang yang dikasihinya dan mengasihi terhadap orang yang perihatin. Saya telah kehilangan seorang bapa yang baik dan seorang ibu yang pengasih.. Kini saya kehilangan teman hidup di dalam senang dan susah. Saya kehilangan seorang yang teman yang jujur.

Saya mengira saya telah kehilangan al-jamal (keindahan) dan pengasih dengan kesyahidannya itu di dunia ini. Namun saya tetap berdoa kepada Allah agar menggantikan untuk saya pada anak-anak saya . Menyertakan saya dan anak-anak saya bersama suami di dalam syurga Allah yang kekal abadi. Membantu saya pada hari datangnya penggantian untuk anak-anak di atas kehilangan ayah mereka dimana ayah mereka ini sungguh kreatif dalam mengembirakan kami semua. Bagi mereka ayah mereka itu adalah kegembiraan dan senyuman. Bagi kami semua pula as-syahid adalah qudwah. Qudwah yang ditunjukkannya itu adalah perpanjangan dari qudwah Rasulullah s.a.w.

Soalan: Apakah bebanan yang ditinggalkan oleh kesyahidan Jamal pada anda ?

Jawab: Kesyahidannya telah meninggalkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas bahu saya. Ayah dan ibu saya juga ibu dan bapa mertua saya telah dijemput oleh Allah beberapa tahun sebelum ini. Oleh itu tuntutan kepada saya sekarang adalah menjadi ibu yang pengasih dan penjaga keluarga yang membawa qudwah kepada anak-anak. Saya mestilah melaksanakan peranan seorang lelaki dan seorang wanita pada satu masa.

Soalan: Apakah yang saudari dapat ambil dan pelajari dari Madarasah Jamal?

Jawab: Saya telah belajar begitu banyak… begitu banyak dari madrasah Jamal. Saya telah sebut bahawa qudwah untuk Abu Bakar adalah Rasulullah s.a.w. Saya pelajari daripada beliau bahawa perkataan mestilah diikuti dengan amal, sabar dan mengharapkan pertolongan Allah ketika berhadapan dengan musibah, berani berkata benar, tidak takut ketika kesusahan, berhikmah ketika berkomunikasi dengan keadaan senang dan susah dan meletakkan sesuatu permasalahan pada kedudukannya yang sebenar. Maksudnya tidak memperbesarkan perkara remeh dan tidak meremehkan perkara yang besar. Saya juga pelajari dari Madrasah Jamal ini bagaimana meredhai ketentuan Allah.

Sesungguhnya hidup insan tidak berakhir dengan kesyahidannya atau kewafatannya. Setiap zaman itu ada daulah dan para pendokong tersendiri… dan sebagainya.

Sebenarnya, saya tidak mampu menyebut bidang-bidang yang telah saya pelajari dari madrasah Jamal kerana tidak terhitung oleh saya. Sesiapa yang ingin tahu apakah yang telah saya pelajari dari Abu Bakar, maka silakan rujuk kepada sunnah kekasih kita Muhammad s.a.w.

Soalan: Adakah saudari akan anak-anak saudari melalui jalan yang sama dilalui oleh ayah mereka?

Jawab: Saya memohon kepada Allah agar membantu saya untuk berbuat demikian. Jalan Abu Bakar adalah jalan syurga yang yang dihamparkan dengan berbagai kesusahan dan rintangan, bukannya dihamparkan dengan bunga-bungaan dan wangi-wangian… jika saya melaksanakan, maka akan saya dan anak-anak akan bersama-sama menuju syurga. Saya sentiasa bersedia untuk mendorong hidup saya dan hidup anak-anak saya sebagai harganya kerana syurga itu adalah mahligai dan maharnya adalah jiwa-jiwa manusia.

Soalan: Apakah sudut-sudut tersembunyi dalam kehidupan Jamal sepanjang pemerhatian saudari dari dekat?

Jawab: Abu Bakar adalah pendakwah muslim mujahid. Insan berani, kuat, penyayang, sopan dirumahnya. Dia sentiasa bersedia melakukan kerja-kerja rumah sepenuhnya demi untuk menolong saya dan anak-anak meskipun dia sentiasa sibuk siang dan malam.

Abu Bakar ini memiliki kerohanian yang sungguh tinggi dan kehampirannya dengan Allah tidak dapat digambarkan. Pada bulan Ramadhan khususnya pada hari-hari penangkapan oleh regim Zionis beliau menkhatamkan al-Quran pada setiap hari. Dia tak tidur melainkan setelah berdoa kepada Allah dan membaca al-Quran. Dia sentiasa menyelesaikan permasalahan anak-anak dengan al-Quran. Sering berjaga sehinggalah lewat malam untuk mengikuti berita dunia yang tidak sempat disempurnakan pada siang hari. Namun begitu beliaulah yang mengejutkan kami untuk solat subuh.

Abu Bakar seorang yang tajam sensitivitinya dan juga seorang artis. Tambahan dengan pengalaman politik dan kemampuan kesusasteraannya dia mampu menjadi seorang artis yang mengukir ungkapan-ungkapan menarik. Beliau juga pernah menjadi pelukis untuk carta lukisan kanak-kanak di zaman sekolahnya.

Sesiapa yang berkomunikasi dengan Abu Bakar termasuk saya sebagai isterinya mengakui bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan terhadapnya akan merasa malu sendiri. Ini kerana pendekatan yang digunakan oleh Abu Bakar agak pelik sehingga seseorang yang bersalah itu akan mengakui kesalahannya, bertaubat dan tidak akan mengulanginya lagi.

Soalan: Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh wanita muslimah di dalam suasana intifadah al-Aqsa ini?

Jawab: Wanita muslimah tidak boleh memandang kecil peranan yang sepatutnya mereka mainkan pada setiap masa. Apa lagi dalam suasana intifadah ini, peranan mereka berlipat kali ganda. Wanita muslimah hendaklah menggalakkan anak-anak mereka memerangi Yahudi, musuh Allah, musuh agama dan penceroboh tanahair kita. Mereka hendaklah berdiri bergandingan bahu dengan keluarga mereka yang terdapat syuhada, tercedera dan kemalangan. Bersama-sama dengan mereka yang telah diruntuhkan rumah-rumah mereka serta kehilangan pekerjaan. Hendaklah mereka sabar di atas kerumitan yang dialami oleh para suami dan mencurahkan daya pertolongan semaksimanya. Membelanjakan segala apa yang mereka miliki demi untuk membantu intifadah dan menghalau penjajah.

Soalan: Apakah masej yang saudari ingin berikan kepada wanita Palestine di dalam suasana seperti ini ?

Jawab: Saya ingin memberitahu mereka apa yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran: “Bersabarlah kamu dan sabarlah melawan musuhmu dan berjagalah dan takutlah kepada Allah” , “ Sabar itu kunci kepada syurga” dan ingatlah sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan”.

Jadilah orang yang siqah (percaya) sepenuhnya kepada Allah dan Allah tidak akan membiarkan orang-orang yang zalim. Firman Allah 14:42: Janganlah engkau mengira bahawa Allah itu lalai dari apa-apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim, Hanya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang terbuka semua pemandangan pada hari itu. Sedang mereka bersegera lagi menengadah kepala mereka (arah kelangit) tidak mengejap mata mereka sedang hati mereka kosong (tidak mengerti).

Ingin saya katakan kepada mereka: Jika kalian merasa penat dan sakit, ketahuilah bahawa balasan kalian adalah syurga Allah dan para syuhada’ kita adalah di dalam syurga tetapi Yahudi yang terbunuh itu adalah di dalam neraka. Firman Allah 4:104 : Jika kalian merasa kesakitan mereka juga merasakan kesakitan. Sedangkan kalian mengharapkan Allah dan mereka tidak.
Jadikanlah motto hidup kita ini sebagaimana ungkapan sebuah syair:

Kamu bunuhlah aku,
koyakanlah jasadku dan tenggelamkanlah aku di dalam darahku,
Namun, kalian tidak akan mampu hidup di atas bumiku dan kalian tidak kan mampu terbang dilangitku.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...